Searching...

Get This

Monday, January 13, 2014
5:27 PM 0

2.1Kg Dadah Dalam 310 pen

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan seorang wanita warga China berusia 23 tahun kerana disyaki membawa masuk dadah jenis Methamphetamine atau syabu seberat kira-kira 2.1 kilogram (Kg) bernilai RM399,000 disembunyikan dalam 310 batang pen 'marker'.
Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, suspek ditahan di KLIA pada Selasa lalu jam 11.40 malam. 

Menurutnya, pemeriksaan mendapati wanita terbabit tiba di KLIA dari Guangzhou dan pertama kali tiba di negara ini. 

"Berikutan itu, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula pada hari dia ditahan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori," katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA di sini, sebentar tadi.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...