KOTA KINABALU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau hanya memberikan arahan untuk melakukan perkara yang sah di sisi undang-undang ketika menyandang jawatan perdana menteri dari 1981 hingga 2003.
"Saya tidak pernah memberikan arahan untuk melakukan perkara yang tidak sah. Saya hanya memberikan arahan untuk melakukan perkara yang sah," katanya semasa ditermui pemberita selepas memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah, di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata: "Orang yang layak menjadi warganegara (Malaysia) boleh menjadi warganegara."
Mengenai prosiding hari ini, beliau lega dapat menjawab semua soalan diajukan kepadanya.
"Prosiding berjalan lancar. Semua soalan adalah munasabah," katanya. - BERNAMA
Sumber : Berita Harian
Mana ada orang mengaku buang tahi di khalayak ramai....
ReplyDeletekimak ka madey...
ReplyDelete