Searching...

Get This

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Friday, April 3, 2015
11:41 AM 0

VIDEO: Pasport Lama Bekas Pemain MU Dijual RM27 Ribu

(VIDEO): Padah!! Gadis Buat S*ks Luar Tabii

9 Pelakon Malaysia Yang Pernah Menayangkan Tubuh Bogel Dalam Filem

 31 Gambar Perkara Pelik Yang Dilakukan Oleh Wanita Barat

 Gambar Skodeng Anak Dara Cun Mandi Telanjang Di Sungai Kini Tersebar !






LONDON – Walaupun tidak banyak bermain kerana sering dibelenggu masalah kecederaan, ramai terkejut apabila pasport milik bekas pemain kelab Manchester United (MU) dan pasukan kebangsaan England, Paul Andrew Parker, amat mahal harganya.
Beliau yang kini berusia 50 tahun telah menjual dokumen perjalanan antarabangsanya itu menerusi laman lelongan terkenal eBay sejak awal Mac dan berjaya dibida seorang pembeli dirahsiakan pada harga tertinggi selepas ditutup pada 31 Mac.
Menurut akhbar-akhbar Britain, pasport yang sudah tamat tempoh tersebut tetapi masih baik dan lengkap tertera dengan cop pejabat imigresen London bertarikh 15 Februari 1985 itu dijual pada harga mencecah 5,000 pound (RM27,399)
Parker bersempatan bermain untuk kelab elit MU dari 1991 sehingga 1996, namun dia akhirnya memutuskan untuk berhijrah ke Derby County setelah sering dilanda isu kecederaan dan gagal pula menyerlah aksinya dengan pemain lain.
Pada 1997, Parker menyertai Chelsea tetapi, kerjaya bola sepaknya tidak lagi cemerlang bahkan hanya bermain sebanyak empat perlawanan sebelum akhirnya berpindah lagi ke kelab tidak ternama, Heybridge Swifts pada 1998.
Sebelum menyertai MU, Parker sebenarnya pernah tampil dalam pasukan kebangsaan England ketika melawan Albania pada 1989 bahkan telah bermain 19 kali di peringkat antarabangsa dengan skuad The Three Lions itu.
Dilahirkan pada 4 April 1964 di West Ham, London, Parker memulakan karier dalam bola sepak sejak 1982 dengan bermain sebanyak 153 perlawanan menerusi kelab Fulham sebelum berhijrah ke Queens Park Ranger pada 1987.
Setelah bersara sebagai pemain profesional, dia mengurus kelab Chelmsford City pada 2001 serta pernah menjadi pengulas untuk saluran ESPN Star Sports, Astro Super Sport dan Channel NewsAsia Singapura. – Agensi/A.AMREE
Lihat VIDEO Dibawah:

Artikel Menarik:



Friday, October 3, 2014
6:53 AM 2

Perbuatan Sangat Memalukan Semasa Sukan Asia Incheon

   Tindakan yang dikecam dan sangat memalukan!!..sikap ini tidak seharusnya dilakukan oleh mana-mana atlit yang bertanding dalam acara sukan. Tetapi lain pula tindakan atlit dari India ini..
Incheon: Keengganan peninju India, L Sarita Devi menerima pingat gangsa dimenanginya dianggap tidak mempunyai semangat kesukanan, kata penganjur Sukan Asia sambil menambah mereka mengkaji insiden itu selain memikirkan bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap atlet terbabit.
Sarita enggan membiarkan lehernya dikalungi pingat gangsa ketika disampaikan kelmarin sebaliknya hanya menerimanya dengan tangan selain dilihat cuba menyerahkannya kepada peninju Korea Selatan yang menewaskannya sehari sebelum itu. 
Selepas sesi penyampaian pingat selesai, dia meninggalkan podium tanpa mengambil pingat berkenaan walaupun diarah penganjur untuk membawanya. 

“Dia sepatutnya menghormati pegawai yang menyampaikan pingat selain menunjukkan semangat kesukanan. Tindakannya itu tidak menggambarkan dirinya seorang atlet,” kata penolong setiausaha agung Jawatankuasa Penganjuran Incheon (IAGOC) Son Cheon-taik.

Foto
SARITA (kanan) meninggalkan podium selepas acara penyampaian hadiah.

“Jawatankuasa Olimpik Asia (OCA) meneliti kejadian itu dan memikirkan apa langkah yang bakal diambil.”
Tuesday, September 30, 2014
4:16 PM 0

Nanning Gym Pusat Latihan Terkejam Di China

\


     Tidak hairanlah negara China menjadi negara yang terkenal melalui cara ini.
Ini mungkin menjadi salah satu sebab mengapa China kerap memenangi pingat di Sukan Olimpik. Tidak hanya satu disiplin yang diterapkan, tapi juga kekerasan latihan. Inilah yang berlaku di dalam Nanning Gymnasium di China.

Pelajar yang sebahagian besar berusia lima tahun perlu menjalankan rutin latihan seperti seorang atlet profesional. Mereka benar-benar dilatih menjadi seorang ahli di bidangnya.

Ukiran wajah menahan sakit terlihat jelas saat menjalankan latihan. Bahkan ada juga beberapa kanak-kanak yang menjerit dan menangis. Untuk menjadi sorang atlet Gimnastik yang handal, kaki mereka harus diinjak oleh jurulatihnya. Tujuannya adalah agar kaki mereka menjadi lurus dan lentur.

Beberapa foto latihan yang dimuat naik di Internet menunjukkan betapa ektremnya latihan di gym tersebut. Di mata negara Barat, hal ini memberi wawasan pada mereka untuk mengetahui mengapa para atlet China di London 2012 kelihatan licik dalam berenang, menyelam dan Gimnastik dalam menuju kemenangan.

Nanning Gymnasium adalah salah satu tempat latihan atlet yang sangat berdisiplin dan paling kejam yang ada di negara China. Namun, banyak orang tua yang tetap menyekolahkan anaknya demi menjadi seorang juara, seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail.












Tuesday, August 26, 2014
9:34 PM 0

Mengejutkan!! Balotelli Dedah Kenapa Dia Pilih Jersi Nombor 45

LIVERPOOL: Mario Balotelli sekali lagi memilih jersi nombor 45 untuk menggalas cabaran bersama pasukan baharu, Liverpool, musim ini.
Penyerang kontroversi dari Itali itu turut mendedahkan kenapa dia pilih angka itu apabila berkata jersi berkenaan membawa tuah kepadanya.
Pemain berusia 24 tahun itu melengkapkan perpindahan dengan nilai STG16 juta (RM80 juta) dari AC Milan, semalam dan menjadi pembelian kesembilan oleh Brendan Rodgers untuk musim baharu.
Dalam satu sesi temu bual, Balotelli ditanya kenapa dia memilih No 45 - angka sama dipakainya ketika mewakili AC Milan, Inter Milan dan Manchester City.
"Ketika saya bermain dalam tiga atau empat perlawanan bersama Inter Milan saya memiliki jersi No 45 kerana nombor untuk pemain muda adalah dari No 36 sehingga No 50.
"Saya memilih 45 kerana saya bergurau bahawa empat campur lima adalah sembilan dan saya menjaringkan gol dalam semua empat perlawanan. Ia membawa tuah kepada saya dan itu sebabnya saya menyimpan No 45." - Mail Online
Friday, July 25, 2014
7:54 AM 0

FOTO: Inilah Awek Cun Yang Berani Mengorat KJ Kat Twitter!


Baru-baru ini seorang pengguna Twitter yang menjawab soalan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi laman mikro tersebut telah menarik perhatian ramai.

Puncanya, soalan serius KJ yang berbunyi “Dimanakah venue Sukan Komanwel pada 2010?” telah dibalas oleh pemilik twitter handle @syasyamahmud atau Ratu Selfie dengan jawapan romantik “di dalam hati kita berdua…”.




Jawapan ini boleh dianggap cuma satu gurauan nakal memandangkan semua wanita Malaysia sudah tahu bahawa KJ merupakan menantu bekas PM kita, Pak Lah namun ia tetap menarik perhatian hingga mendapat banyak retweets.

Namun apabila KJ memberikan respon bahawa dia sendiri terhibur dengan usikan tersebutdengan mengarahkan supaya wanita ini diberikan hadiah berupa baju Malaysian Heroes, penyiasat tak bertauliah di media siber mula menyelidik pemilik akaun Twitter tersebut.

Hasilnya adalah gambar-gambar Ratu Selfie atau Syasya Mahmud dalam pelbagai persalinan yang diambil daripada laman sosial miliknya.





Erm, comel juga Ratu Selfie yang begitu berani mengorat KJ ini kan?

Kalau tak dapat KJ pun awek ni tak perlu risau sebab ramai lagi jejaka lain pasti sanggup untuk memenangi tempat di taman hatinya.. - MYNEWSHUB
Wednesday, July 9, 2014
11:56 PM 0

Gadis Kembar Cun Ini Siang Jadi Cikgu Malam Jadi..??






























Pada usia 24 tahun, kembar di UK ini, Lucy dan Kelly Knott merupakan guru ganti di sebuah sekolah rendah. Tetapi pada waktu petang atau malam, mereka adalah ahli gusti professional di TNA.

Mereka mula menjadi atlit gusti sejak berusia 16 tahun dan pernah menjadi juara dunia di Ohio Valley Wrestling.

Apa yang mengejutkan lagi adalah pihak sekolah rendah yang mereka ajar langsung tak kisah tentang kisah hidup pada waktu malam mereka. Pihak sekolah sendiri yang berusaha bersungguh-sungguh nak mengambil kembar ini sebagai guru.








Friday, June 6, 2014
3:34 PM 0

BENARKAH CR7 DISUMPAH SYAITAN HARI RABU??



Pemenang FIFA Ballon d'Or 2013, Cristiano Ronaldo mungkin terlepas beraksi pada pentas terbesar bola sepak dunia di Brazil yang bermula kurang dari dua minggu dari sekarang.

Ronaldo yang tercedera semasa kemenangan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bertemu Atletico Madrid, tidak beraksi sejak 25 Mei akibat masalah tendonitis pada lutut kirinya. Pahanya juga dikatakan masih mengalami masalah.


Disebalik kecederaan pemain yang digelar CR7 itu, terdapat fakta yang lebih menggerunkan, seorang bomoh Ghana mengaku bertanggungjawab memastikan pemain Portugal itu tidak akan beraksi walau seminit pun.


Portugal berada di dalam Kumpulan G yang juga merupakan kumpulan maut bersama Jerman, Amerika Syarikat dan Ghana.


Bomoh tersebut Nana Kwaku Bonsam, yang namanya bermakna "Syaitan Hari Rabu" telah meramalkan bahawa Ronaldo akan terlepas Piala Dunia Brazil 2014 akibat kecederaan sejak bulan Februari lagi.


Dalam satu wawancara bersama sebuah stesen radio di Ghana, Bonsam berkata "Saya tahu dengan teliti kecederaannya, saya kini memerhatikannya.


"Saya memang serius. Minggu lepas saya telah mencari empat ekor anjing dan mendapatkan bahan yang saya perlukan untuk memastikan saya dapat menghasilkan 'Kahwiri Kapam' (formula ajaibnya).


"Sudah empat bulan saya berkata yang dia tidak akan beraksi di Piala Dunia kali ini, atau sekurang-kurangnya memastikan yang dia tidak beraksi menentang Ghana.


"Kecederaannya tidak dapat di sembuhkan oleh mana-mana doktor kerana mereka tidak dapat mengesan sebabnya kerana saya menggunakan ilmu ghaib. Hari ini mungkin lututnya bermasalah, esok pahanya dan kemudian bahagian lain akan bermasalah pula."


Pada hari Selasa, Ronaldo hanya mampu berlatih berasingan bersama-sama rakan senegara Raul Meireles, Beto dan Pepe yang juga tercedera di pusat latihan mereka di New York sebelum ke Brazil.


Dia juga terlepas aksi persahabatan antarabangsa bertemu Greece pada hari Sabtu lalu yang berkesudahan tanpa jaringan.


Portugal akan turun beraksi berdepan Mexico pada hari Sabtu ini disusuli Republik Ireland pada Selasa depan.


Mereka akan bertemu Jerman pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 Jun 17 nanti.
Tuesday, June 3, 2014
11:59 PM 0

Kontroversi !! Neymar Jr Bersama Seorang Kekasih Yang Seksi
















 Kebelakangan ini Neymar melakukan sesuatu di kawasan tepi pantai bersama Kekasihnya yang seksi, termasuk aksi divingnya saat bersama dengan Manuel Iturra di Granada. Penampilan Neymar, penyerang dari Brazil ini memikat hati seorang perempuan seksi berusia 20 tahun. Gabriella Lenzi disebut-sebut telah rasmi menjadi kekasih Neymar menggantikan Bruna Marquezine.

Bukan rahsia lagi jika Neymar terkenal sebagai penakluk wanita di Brazil. Dan sudah bukan rahsia pula hubungannya dengan artis Bruna Marquezine sudah pupus di tengah jalan. Jarak yang jauh membuat keduanya tidak dapat berkomunikasi dengan lancar. Bruna pun sudah jatuh hati kepada lelaki lain.

Neymar nampaknya tak perlu lama-lama bersedih. Meskipun belum ada pernyataan rasmi, sudah muncul gosip bahwa kini sang penyerang Barcelona sudah memilih Gabriella Lenzi sebagai tambatan hati terbaru. Berbagai media di Spanyol secara aktif mengabarkan berita ini.

Gabriella Lenzi sendiri dikenal cukup ketagihan mempamerkan foto-foto selfie-nya di dunia maya. Dengan hobi renang dan senam wajar jika ia memiliki bentuk tubuh yang ideal.

Apakah yang istimewa sangat terhadap Gabriella Lenzi yang membuat Neymar jatuh cinta? Berikut ini foto-fotonya. Waspadalah jangan sampai kehilangan fokus.
9:07 AM 0

Jadual Perlawanan FIFA World Cup 2014 (Waktu Malayisa)

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2014 (waktu Malaysia)


JUMAAT, 13 JUN 2014
A 04:00 Brazil lwn Croatia


SABTU, 14 JUN 2014
A 12:00am Mexico lwn Cameroon
B 03:00am Spain lwn Netherlands 
B 06:00am Chile lwn Australia


AHAD, 15 JUN 2014
C 12:00am Colombia lwn Greece
D 03:00am Uruguay lwn Costa Rica
D 06:00am England lwn Italy 
C 09:00am Côte d'Ivoire lwn Japan


ISNIN, 16 JUN 2014
E 12:00am Switzerland lwn Ecuador
E 03:00am France lwn Honduras 
F 06:00am Argentina lwn Bosnia-Herzegovina


SELASA, 17 JUN 2014
G 12:00am Germany lwn Portugal
F 03:00am Iran lwn Nigeria 
G 06:00am Ghana lwn USA


RABU, 18 JUN 2014
H 12:00am Belgium lwn Algeria
A 03:00am Brazil lwn Mexico
H 06:00am Russia lwn Korea Republic


KHAMIS, 19 JUN 2014
B 12:00am Australia lwn Netherlands
B 03:00am Spain lwn Chile
A 06:00am Cameroon lwn Croatia


JUMAAT, 20 JUN 2014
C 12:00am Colombia lwn Côte
D 03:00am Uruguay lwn England 
C 06:00am Japan lwn Greece


SABTU, 21 JUN 2014
D 12:00am Italy lwn Costa Rica
E 03:00am Switzerland lwn France
E 06:00am Honduras lwn Ecuador


AHAD, 22 JUN 2014
F 12:00am Argentina lwn Iran 
G 03:00am Germany lwn Ghana 
F 06:00am Nigeria lwn Bosnia-Herzegovina


ISNIN, 23 JUN 2014
H 12:00am Belgium lwn Russia
H 03:00am Korea Republic lwn Algeria 
G 06:00am USA lwn Portugal


SELASA, 24 JUN 2014
B 12:00am Australia lwn Spain
B 12:00am Netherlands lwn Chile 
A 04:00am Cameroon lwn Brazil 
A 04:00am Croatia lwn Mexico


RABU, 25 JUN 2014
D 12:00am Italy lwn Uruguay 
D 12:00am Costa Rica lwn England
C 04:00am Japan lwn Colombia 
C 04:00am Greece lwn Côte d'Ivoire


KHAMIS, 26 JUN 2014
F 12:00am Nigeria lwn Argentina
F 12:00am Bosnia-Herzegovina lwn Iran 
E 04:00am Honduras lwn Switzerland
E 04:00am Ecuador lwn France



JUMAAT, 27 JUN 2014
G 12:00am US lwn Germany 
G 12:00am Portugal lwn Ghana
H 04:00am Korea Republic lwn Belgium 
H 04:00am Algeria lwn Russia
Monday, June 2, 2014
11:09 AM 0

Mengejutkan Malaysia!! Punca Kejayaan Jepun Menjulang Piala Thomas!!

    Izuan aktif mengasah bakat pemain badminton Jepun.Izuan aktif mengasah bakat pemain badminton Jepun.
NAMA Mohammad Izuan Ibrahim tiba-tiba popular. Kalau bukan kerana Jepun memenangi kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama dalam sejarah pertandingan, barangkali anak Malaysia ini tidak dikenali ramai. 

Kejayaan negara matahari terbit itu menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Siri Fort, New Delhi, India menyebabkan negara kempunan menamatkan kejuaraan Piala Thomas selama 22 tahun.

Izuan, anak kelahiran Kelantan merupakan jurulatih mendidik pemain perseorangan kedua Jepun, Kento Momonta yang menumpaskan Chong Wei Feng 21-15 dan 21-17 sekali gus mengutip mata pendahuluan 2-1 dalam perlawanan akhir tersebut.

Namun di sebalik kejayaan tersebut, Izuan dicop sebagai pengkhianat kerana membantu Jepun menumbangkan Malaysia. Apa pun, bekas pendidik ini tetap tenang berdepan situasi itu dan tidak melatah dilabelkan sedemikian.

Wartawan Sinar Harian Kelantan, Mazram Idzam Ridzal Mahmud dan Siti Fatihah Awang berkesempatan menemui Izuan untuk wawancara eksklusif ini.

Orang tak kenal siapa Izuan Ibrahim tetapi tiba-tiba nama saudara hangat diperkatakan. Sebelum ini, saudara seorang pendidik, kemudian letak jawatan, tak pernah jadi pemain badminton kebangsaan tapi tiba-tiba jadi jurulatih badminton. Itu merupakan satu perkara menarik dan tidak diketahui ramai.

 Izuan : Saya mula mengenali badminton sejak berumur tujuh tahun. Pada usia 13 tahun, saya berlatih bersama bapa Mohd Hafiz Hashim di Kelab Suara Muda. Setahun kemudian, saya dipanggil menjalani latihan bersama skuad Projek Kelantan.

Karier sebagai pemain badminton mula serius pada 2002 apabila saya berkelana dengan menyertai Kelab Profesional Nusa Mahsuri di Kuala Lumpur. Di situlah saya serahkan jiwa dan raga pada dunia badminton dan mula pasang impian menjadi jaguh dunia.

Namun saya terpaksa lupakan impian kerana ibu bapa mahu saya menyambung pelajaran. Sikap saya, apabila berkecimpung sesuatu bidang, saya cuba memahami persekitaran untuk disesuaikan dengan kehidupan peribadi. Jadi, saya melihat pekerjaan guru mampu memberi impak kepada sukan kerana saya mengambil jurusan bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur dari 2003 hingga 2005.

Justeru, saya hidupkan semula impian jadi jaguh dunia dengan  menurunkan ilmu kepada anak didik.

Izuan memilih haluan berbeza, berkelana ke Jepun. Apa dilakukan saudara setelah bermastautin di negara tersebut sejak tiga tahun lalu?  

 Izuan: Tanggungjawab pertama saya di sini adalah bekerja dengan Persatuan Badminton Ehime di Kepulauan Shikoku. Untuk makluman, Ehime akan menjadi tuan rumah sukan Jepun pada 2017.

Melalui wakil, mereka berhubung dengan Kelab Nusa Mahsuri yang sekian lama menjalin kerjasama dengan pemain-pemain dari Jepun. Hakikatnya saya tidak yakin memikul tanggungjawab ini kerana saya sedar, rakan-rakan di Nusa Mahsuri jauh lebih berkaliber dan berkualiti. Namun saya beranikan diri (berhijrah) dengan niat menambah ilmu setelah jurulatih di Nusa Mahsuri beri sokongan.

Saya tiba di Jepun pada Februari 2011. Namun agak mengejutkan, saya dipinjamkan ke Persatuan Badminton Jepun untuk melatih pasukan remaja bawah 13, 16 dan 19 tahun. Dari situ saya banyak gunakan masa secara sendirian dengan mendapatkan input daripada Datuk Misbun Sidek dan rakan-rakan di Nusa Mahsuri. Jadi saya gunakan sebaik mungkin pengalaman diberikan oleh Persatuan Badminton Japan selama setahun (2011 hingga 2012).

Kejayaan Jepun menjulang kejuaraan Piala Thomas buat pertama kali dilihat satu sejarah bagi negara matahari terbit itu. Tetapi di sebalik kejayaan tersebut, timbul dakwaan mengatakan Izuan sebagai pengkhianat negara (Malaysia). Sejauh mana Izuan berusaha menepis persepsi buruk tersebut ?

 Izuan: Sebelum perlawanan akhir,  saya telah mengemas kini status di laman Facebook tentang perkara ini. Cuma saya tertanya-tanya daripada aspek mana saya digelar pengkhianat. Majikan saya adalah Jepun dan amanah yang saya pikul ini adalah untuk Jepun.

Pasukan Jepun memenangi perlawanan hasil kerja keras mereka selama tiga hingga empat tahun terdahulu. Bukan hasil daripada saya menjual taktikal pasukan negara (Malaysia) dan sebagainya. Saya bukan pengkhianat negara, tetapi saya menerima segala pandangan buruk yang dilemparkan asalkan saya tidak hina di mata ALLAH SWT. Saya rasa tenang mencari rezeki untuk anak dan isteri di sini.

Kejayaan Izuan membantu Jepun mengejutkan banyak pihak. Adakah saudara bersedia pulang ke Malaysia dan berkhidmat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekiranya mendapat tawaran ?

 Izuan: Umur saya baru mencecah 30 tahun dan masih mentah dalam bidang ini. Kejayaan Jepun terutama Kento Momota yang pernah saya bimbing selama setahun, tidak boleh dijadikan penyebab untuk saya menerima mana-mana tawaran. Saya amat terharu sekiranya BAM mempercayai kebolehan saya dalam memimpin pemain kebangsaan atau pelapis.

Namun seperti saya beritahu, saya masih cetek pengalaman, adalah lebih baik buat saya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sebagai persiapan kerana saya sedar, bukan mudah menjadi jurulatih berkaliber yang mampu melahirkan jaguh dunia secara berterusan.





sumber: Sharian

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...