Searching...

Get This

Sunday, November 24, 2013
11:24 AM 0

JANDA ANAK 5 MENGEMIS AKIBAT SUAMI MENGAHWINI WANITA INDONESIA

Petang semalam saya berkunjung ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan terserempak warga Rohingya, Azizah Jabar, 29 tahun bersama 5 anaknya berusia di antara 1 dan 12 tahun sedang mengemis. Katanya, dia mula berada di lokasi lazim itu pada jam 4.30 petang pada setiap hujung minggu.



"Masa anak bongsu 2 bulan di dalam kandungan, suami saya juga warga Rohingya berkahwin dengan wanita Indonesia. Sebelum itu bekas sumai bekerja kontrak membina bangunan dan terpikat dengan wanita pencuci sampah itu, mereka kemudian berkahwin. Sejak itu tiada wang nafkah diberikan kepada saya dan anak," jelas Azizah.

Anak sulungnya kini menuntut di sekolah UNHCR, berhampiran tempat mereka tinggal, Kampung Tasik Permai, Ampang, Selangor. Azizah pernah 2 kali diberkas oleh penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ditahan sebulan sebelum dibebaskan.

"Saya datang ke Malaysia sejak 14 tahun lalu. Ayah saya meninggal dunia di Myanmar sewaktu saya masih kecil, ibu bekerja sebagai petani dan penternak lembu," sambungnya.

Saya kemudian duduk bersebelah Azizah untuk mendengar lebih dekat cerita bakal dikongsikannya.


"Anak semua dilahirkan di mana?," tanya saya.

"Tiga anak saya dilahirkan di Hospital UKM dan empat lagi di Hospital Ampang. Dua anak meninggal dunia," katanya sayu.

"Mahalkah kos untuk bersalin untuk warga asing?," soal saya.

"Kalau normal, RM400 sahaja. Operate, lebih RM1,000 dan UNHCR bayar RM400, saya bayar RM600," jawabnya.

"Apa fasal tidak berkahwin lagi? Awak masih muda dan cantik," soal saya lagi.

"Saya mahu jaga anak sahaja. Lelaki semua samalah," balasnya.

Saya kemudian mencapai cawan plastik diletakkan di hadapan wanita itu dan tanpa disangka kurang 10 saat, lelaki warga negara timur tengah mendermakan duit syiling. 


"Siapa selalu bagi wang?," tanya saya.

Purata pendapatannya di antara jam 4.30 petang dan 7 malam, kira-kira RM60.

"Orang Melayu. Kadang-kadang orang luar pun ada. Wang ini saya gunakan untuk membiayai perbelanjaan 3 anak bersekolah dan membeli makanan untuk mereka," jelasnya.

Anak bongsu Azizah, Shahida Firus, diberikan oleh ibunya minuman teh 'o' sejuk dimuatkan di dalam botol susu. Tiada komplen, anak kecil itu minum untuk menghilangkan dahaganya, haus berdiri di ruang pejalan kaki berjam lama.


Sampai bilakah Azizah akan terus mengemis bersama anaknya? 

sumber : Blogger (mazidul)

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...