Searching...

Get This

Sunday, November 24, 2013
9:39 AM 0

Ditembak angkara warna kulit

Moscow: Satu insiden serangan ganas bermotifkan perkauman dirakam kamera keselamatan kini tersebar di Internet dan menjadi perhatian ramai.
Dalam kejadian itu, dua lelaki bersenjatakan pistol menyerang seorang penumpang berkulit sawo matang dalam kereta api metro di Moscow.

Warna kulitnya itu dipercayai menarik perhatian dua lelaki kulit putih ketika mereka sama-sama berada dalam tren bawah tanah di Moscow.
Seorang daripada penyerang dilihat berbisik sambil menganggukkan kepala kepada rakannya sebelum kedua-duanya menghampiri mangsa dengan mengacukan senjata ke arahnya. Kejadian itu dirakam kamera keselamatan dan dimuat naik di laman sesawang agensi berita Russia, Life News.

Penyerang yang lebih muda menggunakan pistolnya untuk menembak perut Khashim Latipov, 30, dari Dagestan, di selatan Russia.

Dia turut menendang dan menembak Latipov sekali lagi sebelum mengacukan pistol ke kepalanya, manakala penumpang lain menjarakkan diri mereka di bahagian belakang tren itu.
Foto
PENYERANG berkulit putih mengacukan pistol ke kepala lelaki dari Dagestan sebelum mangsa ditembak.
Kedua-dua penyerang kemudian membelakangkan Latipov, tetapi masih terus mengancam mangsa dengan pistol hingga mereka beredar di stesen Nagornaya.
Polis berkata, wajah dua penyerang dalam insiden 17 November itu sudah dirakam kamera keselamatan, tetapi identiti mereka belum dapat dipastikan. Pihak berkuasa kini giat memburu mereka. Latipov yang cedera parah dalam serangan itu bagaimanapun terselamat.

Dia terpaksa menjalani pembedahan membuang peluru dari rahangnya, selain mengalami parut pada muka.

sumber : Agensi

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...