Beijing: Pihak berkuasa China memadamkan lebih tiga juta kandungan pornografi dari Internet sepanjang 2014 sebagai sebahagian daripada kempen untuk membersihkan dunia online negara itu.
Timbalan Pengarah Pejabat Anti-Pornografi Kebangsaan Zhou Huilin, berkata, operasi yang dilakukan itu amat berkesan.
China berusaha memerangi laman porno di Internet negara itu sejak 10 tahun lalu dan meningkatkan usaha itu sejak beberapa bulan lalu.
Pada 2006, seorang lelaki berusia 28 tahun yang mengendalikan laman web lucah paling popular di negara itu dengan 600,000 ahli, dihukum penjara seumur hidup.
Lebih 10,000 laman web yang mengandungi apa yang disifatkan sebagai haram atau maklumat berbahaya juga ditutup oleh pihak berkuasa, lapor agensi berita Xinhua, tanpa memberi butir lanjut.
Mereka juga merampas lebih 16 juta penerbitan haram, termasuk 12 juta naskah ciplak, dan menangani 212 kes yang membabitkan wartawan atau pertubuhan media palsu, lapor Xinhua, memetik kenyataan Zhou.
China mempunyai pengguna Internet paling ramai di dunia dengan sebuah agensi kerajaan berkata tahun lalu, angka itu mencecah 632 juta. - AFP
Sacked: Ina Groll (pictured, left, taking a selfie and, right, as her porn alias, 'Kitty Blair') was fired as the face of the country's National Democratic Party
sumber:http://www.dailymail.co.uk/news/article-2591438/Porn-star-Kitty-Blair-sacked-German-neo-Nazi-party-banned-porn-industry.html#ixzz3OTC8s3xr
0 comments:
Post a Comment