Searching...

Get This

Tuesday, August 26, 2014
9:34 PM 0

Mengejutkan!! Balotelli Dedah Kenapa Dia Pilih Jersi Nombor 45

LIVERPOOL: Mario Balotelli sekali lagi memilih jersi nombor 45 untuk menggalas cabaran bersama pasukan baharu, Liverpool, musim ini.
Penyerang kontroversi dari Itali itu turut mendedahkan kenapa dia pilih angka itu apabila berkata jersi berkenaan membawa tuah kepadanya.
Pemain berusia 24 tahun itu melengkapkan perpindahan dengan nilai STG16 juta (RM80 juta) dari AC Milan, semalam dan menjadi pembelian kesembilan oleh Brendan Rodgers untuk musim baharu.
Dalam satu sesi temu bual, Balotelli ditanya kenapa dia memilih No 45 - angka sama dipakainya ketika mewakili AC Milan, Inter Milan dan Manchester City.
"Ketika saya bermain dalam tiga atau empat perlawanan bersama Inter Milan saya memiliki jersi No 45 kerana nombor untuk pemain muda adalah dari No 36 sehingga No 50.
"Saya memilih 45 kerana saya bergurau bahawa empat campur lima adalah sembilan dan saya menjaringkan gol dalam semua empat perlawanan. Ia membawa tuah kepada saya dan itu sebabnya saya menyimpan No 45." - Mail Online

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...