TABIAT aneh seorang wanita berusia 92 tahun yang gemar memakan sekilogram pasir setiap hari memeranjatkan para doktor dengan kesihatannya yang sempurna tanpa sebarang penyakit.
Sudama Devi yang berasal dari Kajri Noorpur, India menjadi ketagih memakan pasir selepas bertaruh dengan rakan permainannya ketika berusia 10 tahun.
Semenjak dari itu, ibu kepada empat anak ini wajib menjamah sekurang-kurangnya empat pinggan pasir setiap hari.
“Makan pasir adalah sesuatu yang bagus tetapi tiada seorang pun anak saya yang mewarisi rutin memakan pasir.
“Saya makan kira-kira sekilogram pasir setiap hari. Saya lakukannya tiga atau empat pinggan sehari,” katanya.
Malah, Sudama Devi mendakwa tabiatnya memakan pasir menyebabkan dia tidak pernah sakit atau merasa lapar.
berani ke nak buat??..lihat video dibawah..
Oleh: CARRIE
Lihat Video Dibawah:
0 comments:
Post a Comment