Searching...

Get This

Friday, May 8, 2015
7:12 AM 0

Gempar!! Ditetak Awal Pagi

MAYAT mangsa diangkat oleh anggota polis untuk dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu. FOTO Junaidi Ladjana


Kota Kinabalu: Seorang lelaki maut dipercayai ditetak oleh birasnya di sebuah rumah di Kampung Dampai, Jalan Kionsom Inanam, di sini, 1.30 pagi tadi.
Mangsa berusia dalam 30-an ditetak di tubuhnya dan dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, sebelum itu, mangsa bersama isteri, adik ipar dan birasnya yang juga suspek minum arak di sebuah pondok berhampiran kediaman mereka dan kemudian pulang ke rumah.

Menurut sumber-sumber, sebaik tiba di rumah, adik ipar mangsa dikatakan menegur mangsa supaya tidak membuat bising menyebabkan dia marah dan berlaku pertengkaran.

Katanya, isteri mangsa kemudian campur tangan dan suasana menjadi lebih tidak keruan.
“Pada masa sama, biras mangsa pula campur tangan sebelum dia menetak lelaki itu dengan benda tajam,” katanya.

Sepasukan polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi itu dan tidak lama kemudian menahan dua individu dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...