Searching...

Get This

Tuesday, August 12, 2014
10:49 PM 0

Kumpulan Abu Sayyaf Minta Wang Tebusan Bebaskan Konstabel.

Kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dipercayai meminta wang tebusan RM5 juta untuk membebaskan polis marin Konstabel Zakiah Aleip, yang diculik dari Pulau Mabul, Sabah pada 12 Julai, lapor The Star hari ini.


Kumpulan Abu Sayyaf Minta Tebusan RM5 Juta Bebaskan Konstabel , info terkini, berita, spekulasi wang tebusa, isu tebusan pulau mabul

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dlaporkan berkata polis akan mengambil masa untuk memenuhi tuntutan itu kerana jumlahnya sangat tinggi.



"Akan mengambil masa, jumlahnya terlalu tinggi," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah yang diminta pengganas.

Katanya, sehingga kini, 42 panggilan diterima oleh isteri Zakiah dan anggota polis yang lain sama ada daripada Zakiah atau lelaki dari kumpulan bersenjata.



"Mereka juga membenarkan Zakiah bercakap dengan isterinya dan ahli keluarga lain, selalunya sebelah tengah hari atau petang," Jalaluddin dilaporkan berkata. – 12 Ogos, 2014.-

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...