LAHAD DATU - Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abdul Rashid Harun berpuas hati dengan tahap kerjasama yang diberikan oleh pengusaha resort dalam membantu memantapkan lagi kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), terutama di perairan Semporna.
Beliau berkata, terdapat resort yang sudah memasang radar keselamatan dengan inisiatif sendiri, dan majoriti pekerja mereka pula adalah orang tempatan.
Abdul Rashid berkata, beliau gembira dan menyifatkannya sebagai perkembangan yang baik dalam membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan, khususnya penculikan.
"Berdasarkan tinjauan dan pemantauan yang dibuat anggota keselamatan Esscom beberapa hari lepas, kami dapati ada resort yang sudah dilengkapi dengan kemudahan radar termasuk di Pulau Mataking.
"Pengusaha resort juga mematuhi arahan supaya tidak mengambil pekerja asing. Esscom amat menghargai kerjasama ini dan berharap ia berterusan," katanya ketika berucap pada Majlis Santai Esscom Bersama Belia Lahad Datu, di sini malam tadi.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Ruji Ubi, Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali, Pengarah Logistik dan Urus Tadbir ESSCom Brig Jen Subari Tomo, Pengarah Komponen Laut Esscom Laksamana Pertama Maritim M. Karunanithi, Pengarah Bahagian Perisikan Esscom Datuk Md Rahim Mohammad, Pengarah Bahagian Tindakan Awam Esscom, Wan Mohd Khalid Wan Kamal, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad dan para pemimpin persatuan belia Lahad Datu.
Selain itu, Abdul Rashid berkata anggota keselamatan Esscom membuat tinjauan dan pemeriksaan di beberapa pusat ternakan ikan dalam sangkar di sekitar perairan Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu dalam usaha mengukuhkan lagi kawalan keselamatan di kawasan terbabit.
"Operasi pemeriksaan ini bertujuan mengesan pekerja asing yang tidak berdokumen selain mengingatkan pengusaha ternakan ikan supaya sentiasa berwaspada bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.
Sementara itu, Abdul Rashid menyeru golongan belia Esszone supaya terus membantu pihaknya dari segi penyaluran maklumat terutama melibatkan kes penyeludupan dan pencerobohan pendatang asing tanpa izin (Pati).
"Bukan mudah untuk menangani masalah penyeludupan dan kemasukan Pati. Sebab itu, semua pihak termasuk golongan belia perlu berganding bahu bagi mengekang aktiviti rentas sempadan ini," katanya.
Bagi membersihkan Esszone daripada Pati, Abdul Rashid berkata Operasi Bersepadu Khas yang diterajui Esscom dilancarkan, dan operasi itu kini giat dilaksanakan secara berterusan di pusat bandar Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
"Operasi bersepadu itu ternyata membuahkan hasil. Kami berjaya membetulkan keadaan, sekali gus menyaksikan peniaga tempatan mendominasi semula aktiviti perniagaan kecil-kecilan, khususnya kawasan pasar utama bandar terbabit," katanya. - Bernama

0 comments:
Post a Comment