Menjadi bahan jenaka dikalangan rakan-rakan Kolej kerana bentuk tubuh yang gemuk adalah satu perkara yang mengecewakan seseorang. Di tambah lagi apabila bentuk tubuhnya menjadi sasaran modal untuk pelawak di atas pentas untuk melawak kepada penonton ianya adalah saat-saat yang amat memalukan apabila diketawakan oleh ramai hadirin yang hadir.
Peristiwa tersebut terjadi kepada seorang wanita yang bernama Amy Gordon 29 Tahun dari Wolvehampton. Wanita yang mempunyai tubuh yang gemuk dengan berat badan mencecah 117Kg. Amy Gordon mempunyai berat badan yang agak berlebihan sehingga dia menjadi sasaran kutukan dan ejekan rakan-rakan sekolahnya. Setiap hari Amy Gordon mengakui tidak pernah lari daripada diejek dan dicaci kerana mempunyai badan yang gemuk.
Peristiwa yang amat memalukan yang pernah terjadi kepada ketika dia menghadiri sebuah acara komedi dimana ketika itu pelawak di atas pentas membuat lawak tentang gadis-gadis berlemak.
Kemudian Pelawak tersebut menunjuk ke arahnya dan berkata "Disana salah seorangnya"
"Tiba-tiba semua mata memandangnya dan bergelak sakan. Malam itu berubah menjadi satu mimpi ngeri kepada saya" Kata Amy.
Amy Gordon mula nekad untuk menguruskan badannya apabila dia meningkat dewasa. Semasa dia bekerja di Klinik Gigi dia dikelilingi dengan rakan yang sentisa memberi semangat kepadanya dan tidak mencacinya kerana berat badannya.
Amy Gordon mengambil masa selama 10 tahun untuk menurunkan berat badannya seperti sekarang. Pada mulanya sesi dietnya agak tidak teratur dimana berat badannya turun dan naik.
Sehinggalah Amy Gordon menyertai kumpulan Weight Watchers di Wolverhampton.
Amy Gordon berubah menjadi seorang vegetarian dan semenjak itulah berat badannya semakin menurun dengan teratur.
Kini Amy telah berjaya menurunkan hampir separuh daripada berat badan asalnya iaitu dari 117Kg kepada 62Kg. Amy Gordon sedang berusaha menurunkan berat badanya kepada 50kg.
Amy Gordon kini lebih cantik, langsing dan seksi dan dia muncul sebagai penghias muka hadapan majalah Weight Watcher 2014.
Semasa Amy Gordon bercuti di Tunissia, beliau pertama kali memakai bikini sepanjang hidupnya.
Semasa di klinik salah seorang pesakitnya bertanya kepadanya "Dimana Amy".
Apabila Amy menyatakan dialah Amy. Pesakit itu menggelengkan kepalanyadan berkata "Bukan, Amy lain. Gadis gemuk dan berambut hitam".
Amy tersenyum kerana dia bukan lagi gadis gemuk yang dicaci, dikutuk, dihina dan diejek dulu.
0 comments:
Post a Comment