Searching...

Get This

Sunday, March 2, 2014
5:00 PM 0

Pasangan Suami Isteri Temui 8 Tin Syiling Emas

Sepasang suami isteri di California bahagian utara menemui tin mengandungi duit syiling emas. Tin ini dijumpai secara tidak sengaja apabila mereka berjalan-jalan bersama dengan anjing peliharaan mereka. Pada masa itu mereka melihat sesuatu yang berkilauan di tanah. Pasangan yang sangat beruntung itu kemudian mula menggali dan menemui 8 tin penuh berisi syiling-syiling emas.

Syiling-syiling emas ini berjumlah 1,400 keping dan nilainya jika dijumlahkan sekitar $ 27.000 , tetapi para pakar berpendapat syiling-kion itu mungkin bernilai lebih $ 10 juta atau bahkan lebih. Keadaan syiling-syiling yang dibuat pada tahun 1800-an tersebut masih elok. Syiling ini terdiri dari berbagai macam jenis yang pastinya akan menarik minat pengumpul.

Pasangan suami isteri yang enggan disebutkan namanya ini berniat menjual sebahagian besar syiling-syiling tersebut. Mereka bersedia meminjamkannya untuk dipamerkan sebelum mereka jual. Mereka juga berniat menyumbangkan sebahagian hasilnya untuk amal pada orang-orang yang memerlukan. 

Tidak ada yang tahu siapa sebenarnya pemilik syiling-syiling tersebut sebelum ditemui dan bagaimana boleh terkubur di laman rumah. Khabarnya, kawasan rumah yang pasangan ini sedang tinggal dulunya merupakan daerah emas.








0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...