Sewaktu tinjauan AFP ke kampung itu yang mengambil masa lima jam perjalanan dari Kolkata mendapati kebanyakan penduduk lelaki di kampung itu sudah tiada di situ.
laporan beberapa hari lalu klik disini
Hanya kanak-kanak dan wanita berada di kampung itu, namun mereka enggan bercakap tentang kejadian yang menimpa wanita itu pada malam Selasa lalu.
Sekurang-kurangnya 12 anggota polis mengawal sebuah struktur binaan yang diperbuat daripada buluh dan beratapkan jerami padi, lokasi jenayah itu dipercayai berlaku.
Menurut penduduk, tempat itu digunakan ketua kampung sebagai dapur, manakala wanita berkenaan merupakan seorang gadis yang menawan dan mangsa dijangka berkahwin dengan teman lelakinya yang merupakan seorang penduduk Islam dari kampung bersebelahan.
Pegawai kanan polis dari sebuah balai polis di daerah Labphur, Kazi Mohammad Hossain berkata, wanita berkenaan diancam dengan tindakan lebih ganas oleh ahli jawatankuasa kampung sekiranya mangsa melaporkan kejadian itu kepada polis.
''Mereka mengelilingi rumah mangsa pada petang Rabu, namun dia berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis.
''Dia berjalan terhincut-hincut dan dalam keadaan berlumuran darah sewaktu tiba di balai polis,'' kata Kazi.
Sekurang-kurangnya 13 lelaki dari kampung itu ditahan polis semalam selepas disyaki merogol gadis itu atas alasan mangsa 'tidak menghormati' penduduk kampung.
Dalam kejadian Selasa lalu, mangsa dibawa ke struktur diperbuat daripada buluh itu dan dirogol kerana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki beragama Islam, insiden yang mencetus kemarahan di India berikutan layanan ke atas wanita negara ini.
- AFP(Utusan)
0 comments:
Post a Comment