Searching...

Get This

Saturday, January 25, 2014
8:44 PM 0

LEMBAGA HITAM MUNCUL SEBELUM BOT DITELAN OMBAK GANAS


Selepas terbang kira-kira 3 jam dari KLIA ke dan Sibu, menaiki kenderaan dan feri lebih sejam, akhirnya saya kru Majalah 3, tiba di Pulau Bruit, Daro, Sarawak.


Nama pekan Daro muncul di media cetak dan elektronik selepas bot  panjang membawa 27 penumpang karam di Sungai Batang Lassa akibat dipukul oleh ombak besar pada jam 1.40 tengahari.

16 penumpang terselamat manakala 11 maut dalam kejadian menyayat hati itu. Sehingga entri ini dinukilkan, seorang lagi mangsa masih tidak ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat.


Saya tiba di Kampung Saai, lokasi mangsa menghadiri majlis perkahwinan, 18 Januari lalu. 


Majoriti penduduk, suku kaum Melanau beragama Islam. Sebaik tiba di Bilik Gerakan operasi mencari dan menyelamat, saya disambut mesra oleh penduduk kampung.


Mereka di bawah, antara wanita bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk pegawai dan anggota pihak berkuasa terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat.


Saya berpeluang menemu bual pegawai pasukan Bomba dan Penyelamat serta Ketua Polis Daerah Daro, DSP Wagner Lisa.


Pada hari ke enam selepas kejadian, mangsa, bilal masjid Kampung Tekajong, Mahdani Akim, 55 tahun masih belum ditemui.

Jam 4.15 petang, saya  dibawa ke lokasi kejadian.


Sebilangan pembaca barangkali tertanya-tanya, luas sungguhkah sungai terbabit sehingga ombak berupaya mengaramkan sebuah bot panjang?


Saya rakamkan gambar di bawah, muara pertembungan 3 sungai, sebagai rujukan semua.

 

Diceritakan kepada saya, susuk lembaga hitam dilihat oleh sebilangan penumpang terselamat sebelum bot karam ditelan dek ombak mengganas. Biarpun laluan persisiran pulau becak, saya berpeluang meninjau bot terbabit dari jarak amat dekat.

"Seorang daripada mangsa wanita ditemui di bawah bot tenggelam," ujar anggota bomba bersama saya.



Jika tiada aral melintang, saya akan merakamkan kenyataan sebilangan daripada mangsa terselamat, tinggal di Kampung Tekajong. Pengalaman bak mati hidup semula mereka tempuhi pasti menarik untuk dikongsikan.

Sehingga kini, pemandu bot dilaporkan berada dalam keadaan trauma akibat kejadian meragut nyawa itu.

"Ini tragedi paling buruk berlaku sejak saya menjadi Ketua Polis Daerah Daro," ujar DSP Wagner.


In Sha Allah, saya akan berada di lokasi sehingga 28 Januari ini dan bakal berkongsi pengalaman dan visual bersama penonton Majalah 3.

sumber: Blogger Pemberita Mazidul

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...