Searching...

Get This

Sunday, January 19, 2014
9:04 AM 0

Isteri diLibas Pedang Samurai dan Terajang

KOTA BHARU - Gara-gara berang dengan permintaan isterinya yang meminta kebenaran untuk pulang ke rumah keluarga, awal pagi Rabu lalu, seorang peniaga sanggup melibas pedang samurai dan menerajang isterinya sehingga cedera di Kampung China, di sini.

Akibat tindakannya itu, isterinya mengalami kecederaan di tangan kanan, lebam di bahagian perut dan cedera di wajah selepas diperlakukan sedemikian oleh suaminya.



Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa yang pada mulanya bertengkar mulut dengan suaminya meminta untuk pulang ke rumah ibunya di Kubang Kerian, namun suaminya secara tiba-tiba mengeluarkan sebilah pedang samurai yang diletak di bahagian kaunter kedainya dan melibas pedang itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, tindakan suami mangsa akhirnya menyebabkan tangan kanan mangsa terkena pedang dan takut dengan tindakan suaminya itu, dia cuba mencapai telefon bimbit untuk meminta pertolongan.

“Belum sempat mangsa membuat panggilan, dia kemudiannya disepak dan dipukul bertalu-talu dengan sarung pedang terbabit dan tidak tahan dengan kelakuan suaminya itu, wanita itu bertindak melarikan diri dengan menaiki kereta dan menuju ke rumah keluarganya di Kubang Kerian.

“Mangsa yang trauma dengan tindakan suaminya itu, dia kemudiannya dibawa bapanya ke rumah bekas adik ipar di Kuala Krai, bagi mengelakkan suspek datang ke rumah dan mencari mangsa,” katanya.

Azham berkata, hasil siasatan terhadap mangsa, suaminya sering memukulnya sejak selepas setahun berkahwin namun tidak melaporkan kepada polis ekoran diugut suspek yang menyatakan mempunyai rangkaian kumpulan (geng) di luar.

“Mangsa yang takut dengan ugutan suspek hanya diamkan diri kerana suspek sebelum ini pernah bertindak untuk mencederakan mangsa dengan pedang terbabit dan akan menembak ibu mangsa jika membuat laporan polis.

“Isteri suspek syaki suaminya terlibat dalam pengedaran dan penagihan dadah dari perlakuannya,” katanya.

Menurut Azham, mangsa dilaporkan stabil setelah terima rawatan di Hospital Kuala Krai dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...