Searching...

Get This

Monday, November 25, 2013
6:07 AM 0

Datuk kena 'kencing'

Kuala Lumpur: “Saya sudah tak tahu nak buat apa, terpaksa hubungi isteri di Malaysia untuk dapatkan bantuan sebab kehabisan wang selepas tersadai selama tiga minggu di Amsterdam,” kata seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, yang ditipu satu sindiket.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 63, berkata, dia sanggup pergi ke ibu negara Belanda itu selepas dijanjikan bakal membawa pulang wang hampir RM200 juta yang disimpan satu rangkaian pelaburan di luar negara.
Menurutnya, sebelum sedar ditipu ejen pelaburan yang juga ‘rakan kongsi’ barunya di negara berkenaan dia sudah membelanjakan wang simpanannya berjumlah RM500,000.

Menceritakan pengalamannya ditipu ejen itu, Zaidi berkata, dia ditinggalkan bersendirian di Amsterdam oleh ejen pelaburan terbabit yang mengarahkan menunggunya mengambil dokumen sulit yang didakwa ada di Hong Kong bagi melengkapkan proses pengeluaran wang itu.
Foto
LAPORAN polis yang dibuat mangsa berhubung penipuan sindiket pelaburan luar negara.


Foto


Bagaimanapun, katanya, sebaik dimaklumkan transaksi yang ingin dibuat bukan di bank sebaliknya sebuah syarikat insurans, dia mula sedar ditipu lelaki terbabit yang dikenalinya menerusi seorang rakan di Malaysia sekitar September lalu.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...