Searching...

Get This

Friday, October 3, 2014
6:53 AM 2

Perbuatan Sangat Memalukan Semasa Sukan Asia Incheon

   Tindakan yang dikecam dan sangat memalukan!!..sikap ini tidak seharusnya dilakukan oleh mana-mana atlit yang bertanding dalam acara sukan. Tetapi lain pula tindakan atlit dari India ini..
Incheon: Keengganan peninju India, L Sarita Devi menerima pingat gangsa dimenanginya dianggap tidak mempunyai semangat kesukanan, kata penganjur Sukan Asia sambil menambah mereka mengkaji insiden itu selain memikirkan bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap atlet terbabit.
Sarita enggan membiarkan lehernya dikalungi pingat gangsa ketika disampaikan kelmarin sebaliknya hanya menerimanya dengan tangan selain dilihat cuba menyerahkannya kepada peninju Korea Selatan yang menewaskannya sehari sebelum itu. 
Selepas sesi penyampaian pingat selesai, dia meninggalkan podium tanpa mengambil pingat berkenaan walaupun diarah penganjur untuk membawanya. 

“Dia sepatutnya menghormati pegawai yang menyampaikan pingat selain menunjukkan semangat kesukanan. Tindakannya itu tidak menggambarkan dirinya seorang atlet,” kata penolong setiausaha agung Jawatankuasa Penganjuran Incheon (IAGOC) Son Cheon-taik.

Foto
SARITA (kanan) meninggalkan podium selepas acara penyampaian hadiah.

“Jawatankuasa Olimpik Asia (OCA) meneliti kejadian itu dan memikirkan apa langkah yang bakal diambil.”

2 comments:

  1. tai,, ngomong bahasa apaan sih ini...!!!!!

    ReplyDelete
  2. Son cheon taik = anak cium tahi

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...