Searching...

Get This

Monday, October 21, 2013
5:15 PM 0

Polis serbu pesta seks

Polis serbu pesta seks

Sebahagian daripada 18 suspek yang terbabit dalam pesta dadah di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong, dibawa ke Mahkamah Majistret untuk direman, semalam.
Georgetown: Suasana riuh-rendah dalam sebuah pangsapuri dekat Sungai Nibong di sini, membongkar pesta dadah didalangi sekumpulan muda-mudi di kediaman itu, pagi kelmarin.

Susulan aduan penduduk, sepasukan anggota polis menyerbu kediaman terbabit jam 8 pagi, sebelum menahan 38 muda-mudi yang berada di situ, termasuk sebahagiannya dalam keadaan khayal. 
Positif syabu, ganja 



Ujian air kencing mendapati 18 individu yang ditahan itu positif syabu dan ganja. Turut ditahan dalam serbuan itu seorang anggota polis dari Bukit Aman, selain tiga remaja perempuan yang positif dadah.

Sumber berkata, kebanyakan mereka adalah pelajar kolej, yang dikatakan berpesta di kawasan pantai di Batu Ferringhi.

“Selesai berpesta di kawasan pantai itu, mereka ke pangsapuri itu dan berkumpul beramai-ramai dalam sebuah unit kediaman di situ.
“Mereka membuat bising hingga mengganggu ketenteraman penghuni lain yang melaporkannya kepada pengawal keselamatan sebelum menghubungi polis,” katanya.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati kumpulan terbabit yang datang dari Kedah, Perlis, Perak dan Selangor, berkumpul di situ untuk menyertai pesta berkenaan.

“Bagaimanapun, polis tidak menemui dadah di kediaman itu. Mereka dipercayai mengambil dadah di pantai sebelum ke pangsapuri itu. Suspek ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nasir Salleh, mengesahkan serbuan dan tangkapan yang dilakukan di kediaman itu.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...