Pembedahan hampir tiga jam untuk mengeluarkan peluru yang tersangkut pada kerongkong Mohd Amar Mohd Azizi itu dilakukan doktor pakar dari HRPB dan dipercayai turut dibantu pakar dari Sarawak dan Pulau Pinang.
“Berlinang air mata saya, sebaik dimaklumkan doktor pembedahan ke atas Mohd Amar berjaya dan peluru yang tersangkut pada kerongkongnya dapat dikeluarkan.
Berterima kasih kepada semua
“Saya bersyukur kepada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada doktor, warga Wad 6D (Unit Rawatan Rapi Patalogi) dan semua pihak yang tidak jemu mendoakan serta memberi semangat kepada Mohd Amar serta kami sekeluarga untuk menempuh saat-saat getir itu,” katanya di hospital di sini, semalam.
Kejadian jam 4.30 petang itu berlaku apabila seorang anggota polis berpangkat sarjan yang mengosongkan pistol automatik jenis P99 Walther di tangga rumah mentuanya secara tidak sengaja tertekan picu menyebabkan peluru terkena Mohd Amar yang ketika itu sedang berjalan di jalan kampung depan rumahnya pada jarak 40 meter dari tempat anggota polis terbabit.
Hasil pemeriksaan pakar mendapati peluru itu menembusi hidung mangsa, sebelum menjunam dan tersekat di kerongkongnya.
Mohd Azizi yang juga seorang peniaga berkata, keadaan anaknya kini stabil dan sudah mampu berulang kali memanggil ibunya untuk meminta air.
“Saya yakin anak saya seorang yang kuat dan dia mampu untuk kembali sihat seperti kanak-kanak lain,” katanya yang turut memberitahu Mohd Amar dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan pada jam 9 pagi, sebelum dimaklumkan doktor pembedahan itu berjaya dilakukan pada jam 11.30 pagi.
Buat ujian balistik
Sementara itu, sumber berkata, enam doktor pakar daripada pelbagai bahagian memulakan pembedahan mengeluarkan peluru itu bermula jam 10 pagi.
“Ia mengambil masa kira-kira dua jam untuk menyelesaikan pembedahan itu.
Kanak-kanak itu kini mengalami ‘anesthesia’ (kesan bius) dan masih dalam jagaan rapi.
“Bagaimanapun, Mohd Amar dilaporkan stabil dan pembedahan itu dilakukan secara kaedah teropong (scope) menggunakan beberapa peralatan lain,” katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Leong Ah Kow ketika dihubungi semalam berkat.
0 comments:
Post a Comment