CHINA – Keadaan di sebuah stesen keretapi bawah tanah menjadi kecoh apabila seorang wanita yang bosan dengan teman lelakinya yang leka melayan telefon bimbitnya, telah mengheret lelaki berkenaan keluar dari komuter dalam usaha merampas telefon tersebut.
Meskipun ditarik dan diseret, mata lelaki itu tetap terpaku pada iPhonenya, hinggakan pada satu saat, wanita itu menggunakan kaki untuk menolak lelaki itu dan merampas telefon terbabit yang terlekat umpama gam di tangan teman lelakinya.
Ada yang menyifatkan ia adalah lakonan semata-mata daripada syarikat telefon bimbit namun seorang saksi berkata ia merupakan kejadian sebenar.
“Ia amat mengejutkan malah saya melihat seorang kanak-kanak menangis ketika pasangan itu sedang bertengkar.
“Wanita itu cuba merampas telefon terbabit dan apabila gagal, dia mengheret lelaki itu keluar. Dia juga menjerit-jerit meminta lelaki itu melepaskan telefon,’’.Katanya
0 comments:
Post a Comment