Searching...

Get This

Friday, January 31, 2014
7:39 AM 0

Guru Gila Ular Sawa

Santa Ana: Seorang guru di California semalam ditahan selepas ratusan ular sawa hidup dan mati ditemui dalam bekas plastik yang memenuhi kediamannya.
Anggota polis yang memakai topeng pernafasan membawa keluar reptilia berkenaan dari kediaman terbabit. 
Kumpulan wartawan dan penduduk yang berada di situ menjauhkan diri, selain turut menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau busuk dari kediaman lima bilik itu. 

“Bau busuk ini menyebabkan saya ingin mandi selama seminggu,” kata pegawai polis bertugas, Anthony Bertagna.
Foto
BEBERAPA kotak berisi ular yang dibawa keluar dari kediaman Buchman.

“Ia memenuhi semua bilik di kediaman itu,” katanya.

Polis menemui sebanyak 350 ular, selain pelbagai jenis tikus di kediaman guru terbabit, William Buchman, 53, selepas jiran tetangga mengadu mengenai bau tidak menyenangkan itu. 

Buchman ditahan untuk siasatan kerana membiarkan haiwan berkenaan tanpa jagaan. 

Penyelia Bahagian Khidmat Haiwan Jabatan Polis Santa Ana, Sondra Berg berkata, empat daripada lima bilik di kediaman itu dipenuhi bekas plastik dari lantai hingga ke siling yang berisi dengan ular. 

Sondra berkata, Buchman memberitahu polis, dia terbabit dengan perniagaan membiak ular. 

“Rumah yang menakutkan. Itu yang terbaik untuk menyifatkan keadaan dalam rumah itu,” kata Berg. 

“Ia penuh dengan bangkai ular. Ada yang sudah mati beberapa bulan lalu. Rumah itu juga menjadi sarang tikus yang cuba makan sesama sendiri,” katanya.- AP

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...