Santai bersama admin pada kali ini meninjau suasana Tamu terbesar di daerah Sabah yang terletak di daerah Kota Belud. Sekirannya anda berada di daerah Kota Belud, sudah pasti tamu mingguan menjadi tempat utama yang harus anda lawati, ini kerana tamu yang terdapat disini adalah yang terbesar dan pelbagai jenis jualan yang anda akan lihat dan mungkin anda tidak pernah lihat di mana-mana Tamu yang ada di daerah Sabah.
Kedudukan Tamu Kota Belud hanya 1km dari pekan Kota BeludJangan terlepas peluang untuk berkunjung ke tamu Kota Belud pada setiap hari ahad setiap minggu. Para penjual dari pelbagai pelusuk kampung akan menjual hasil-hasil tani mereka seawal jam 4 pagi sehinggalah selesai sekitar pada jam 1 petang. Inilah gambar yang admin sempat ambil untuk anda yang belum lagi sempat berada di tamu Kota Belud..
kraftangan hasil tangan sendiri
Halia dan rambat
blanket dan sarung bantal terpakai dari Luar Negara seperti Korea, Jepun, China, dan sebagainya.
pakaian kanak-kanak dari Luar negara
perhiasan peribadi
parang dan pelbagai keris hasil buatan sendiri
permaidani dan tikar
ragi diperbuat daripada tepung
0 comments:
Post a Comment