Searching...

Get This

Tuesday, February 11, 2014
9:11 PM 0

Isteri Siti Malaysia, Suami pula Malaysia Mohd Yusof…sangat kiut!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDUl3rN13iIF1HuYovF6kQia5X96GMrOA0l7PPmHG8l4FzsRcn5pF_NWDEAwIUTjW0BdPAarsKok60b-vLcyZnYFqfh9ilgtJ8Bl3XjT0R8qus27EG0hasTTnvb8UdaiuJSc6Ay-n6ivw/s1600/mas.jpg“Nama saya Siti Zaleha, tapi jiran dan rakan lebih mengenali saya sebagai Siti Malaysia,” kata Siti Zaleha Samsuri, 45, isteri kepada pemilik nama unik, Malaysia Mohamad Yusof, 48.
Katanya, walau apa dikata orang, dia berbangga dengan nama suaminya, tambahan pula Hari Malaysia disambut 16 September setiap tahun.
Menurutnya, dia tidak berdepan masalah dengan nama unik suaminya, sebaliknya mudah dikenali apabila turut digelar Siti Malaysia.
“Saya dikenali ramai dengan gelaran itu walaupun ia bukan nama sebenar saya. Hasil perkahwinan sejak 23 tahun lalu, kami dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Muhammad Safuan, 21; Muhammad Afiq, 16, dan Muhammad Amar, 13.
“Bagaimanapun, tiga anak kami berdepan masalah dengan nama bapa mereka kerana sering diejek di sekolah. Namun, lama-kelamaan rakan sekolah boleh menerima perkara itu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...