Searching...

Get This

Tuesday, February 11, 2014
9:26 PM 0

Bunga Ros Berwarna Pelangi Berjaya Di Hasilkan


Inilah hasil penyelidikan terbaru. Seorang ahli perniagaan dari Belanda yang mempunyai perniagaan florist berjaya menghasilkan mawar rainbow dengan aneka warna di kelopaknya.

Bukan hasil semburan, dan kelopaknya benar-benar berwarna warni. Mawar ini dipasarkan ketika sambutanValentine dan sesuai untuk dijadikan hadiah Valentine.

Mawar pelangi ini hasil ekstrak pewarna yang digunakan semasa masih biji benih. Beberapa warna disuntik dengan teknik khusus, sehingga waktu tumbesaran, mawar akan menghasilkan warna kelopak yang berwarna-warni.

Mawar yang diberkan nama Happy Flower, hasil karya Peter Van de Wekrken, pemilik syarikat bunga di daerah selatan Belanda. Pada awalnya ia hanya menjual aneka macam mawar dan bunga kekwa, ia juga gemar melakukan penyelidikan dengan berbagai macam bunga.

"Sebenarnya kami biasanya hanya menjual satu jenis warna sahaja, tetapi aku dan para pelangganku mendambakan bunga yang berbeza," ungkap Peter.

Awalnya mereka hanya cuba menyembur dan mengubah warna kelopak, tetapi cara tersebut tidak berjaya. Warna enggan melekat dan malah luntur. Kemudian dijumpai teknik penyuntikan, dan memerlukan waktu sekitar 6 bulan untuk menghasilkan teknik yang tepat dan tanpa kesalahan.

Hasilnya, seperti boleh anda lihat, mawar ini berwarna pelangi dengan warna kelopak yang berbeza. 


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...