Searching...

Get This

Sunday, January 26, 2014
9:26 PM 0

Suspek Buang Bayi Diburu



KANGAR: Polis Perlis memburu suspek yang dipercayai dalang dalam kejadian buang bayi di Masjid Alwi di sini Khamis lalu.

Imej suspek dirakam pada kamera litar tertutup CCTV masjid berkenaan dan kini diteliti polis.
Foto
POLIS kini memburu dua suspek termasuk wanita di dalam video CCTV masjid.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan perkara itu dan kini memburu dua suspek termasuk wanita di dalam video.

Pihaknya memohon bantuan orang ramai yang mengenali suspek wanita yang dirakam itu agar menghubungi balai terdekat.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan kejadian buang bayi di dalam tandas sebuah masjid di sini. [Link

Sebelum kejadian dua suspek yang juga pasangan remaja lelaki dan wanita dikesan menumpang di masjid berkenaan.

Imej salah seorang daripada mereka dirakam pada CCTV masjid.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...