KOTA BHARU: Cubaan melarikan wang tunai RM368,660 dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dalam Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri di sini semalam gagal selepas dipercayai dilakukan oleh pencuri amatur.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu suspek dipercayai menyembur cat pada kamera litar tertutup (CCTV) dan mencabut wayar penggera sebelum membakar mesin ATM terbabit.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata suspek yang dipercayai lebih daripada seorang itu bagaimanapun gagal berbuat demikian kerana tidak mempunyai kemahiran merompak mesin ATM.
Katanya, suspek yang menyedari gagal mengeluarkan wang itu kemudian melarikan diri.
Katanya, suspek yang menyedari gagal mengeluarkan wang itu kemudian melarikan diri.
AZHAM memeriksa mesin ATM yang dibakar.
"Siasatan yang dijalankan di lokasi kejadian kita percaya ia dilakukan oleh perompak yang tidak profesional.
"Kita turut menemui lapan cap jari di mesin ATM itu dipercayai milik suspek.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api,"katanya.
0 comments:
Post a Comment