KOTA BHARU: Polis Kelantan berjaya menahan suspek paling dikehendaki Mohd Nurfino Omar, 29, yang diburu sejak setahun lalu di Chemor Perak, Khamis lalu membabitkan kes seorang penjaga bot yang ditetak dan disimbah asid di negeri ini Februari tahun lalu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, suspek ditahan bersama isterinya.
“Suspek ini juga pernah mempunyai rekod kesalahan lampau iaitu di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan di atas kesalahan mencederakan seseorang menggunakan senjata dan 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh sehingga menyebabkan mangsa cedera).
“Dia adalah antara orang yang dikehendaki polis berhubung pelbagai kes jenayah di negeri ini," katanya.
“Dia adalah antara orang yang dikehendaki polis berhubung pelbagai kes jenayah di negeri ini," katanya.
Suspek paling dikehendaki Mohd Nurfino Omar, 29, yang diburu sejak setahun lalu.
Harian Metro pada 13 Februari 2012 lalu melaporkan akibat perselisihan faham, seorang penjaga bot bukan saja ditetak di belakang badan, malah disimbah cecair dipercayai asid di muka dalam kejadian di Kampung Beta Hulu, Nilam Puri.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, Mohd Khaidzir Hanafi, 31, cedera parah di belakang badan dan melecur di muka.
Suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini di bawah seksyen 326 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan senjata.
0 comments:
Post a Comment