Searching...

Get This

Monday, February 3, 2014
10:58 PM 0

Kejam!!Rogol OKU Dalam Stor Sekolah


SABAK BERNAM – Seorang pengawal keselamatan sanggup menculik seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dan merogolnya di stor bangunan sebuah sekolah di daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, suspek berusia 23 tahun dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu selepas menculik mangsa, 33, di rumahnya di Sungai Nibong, Sekinchan.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 9 pagi itu disedari bapa mangsa, 72, apabila dia didatangi seorang lagi wanita berusia 42 tahun bersama suspek yang kemudiannya bertindak melarikan anak perempuannya dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback.

“Suspek bersama seorang wanita datang ke rumah bapa mangsa sebelum bertindak menarik anak perempuannya itu ke dalam sebuah kereta secara paksa sebelum dilarikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, berang dengan perbuatan kedua-dua suspek, bapa mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Sekinchan berhubung dengan kes culik terbabit.

Susulan kejadian itu katanya, kira-kira jam 4.30 petang, wanita terbabit memulangkan semula anak mangsa itu di Balai Polis Sekinchan dan membuat pengakuan bahawa wanita yang dikategorikan sebagai lembam itu dirogol suspek lelaki di sebuah stor sekolah.

“Suspek wanita itu turut mengaku menculik mangsa dan berada di tempat lokasi wanita itu dirogol,” katanya.

Noor Mushar berkata, polis yang menerima maklumat daripada suspek wanita yang turut menjual cincin yang dipakai mangsa terus bertindak ke lokasi kejadian dan pemeriksaan di pondok pengawal keselamatan di sekolah terbabit menjumpai kad pekerja milik suspek terbabit.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit jenama Nokia milik suspek wanita dan mangsa; satu resit pajak gadai emas dan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback,” katanya.

Menurutnya, Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dikerah ke tempat kejadian bagi tujuan pengesanan sementara mangsa dihantar ke Hospital Klang bagi menjalani
pemeriksaan lanjut.

“Polis turut menahan suspek lelaki berkenaan dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...