Peristiwa Pelik Di Pulau Tambisan, Lahad Datu
Unit Bencana RTM telah mendapat kiriman gambar dan visual melalui aplikasi Whats App mengenai fenomena ikan kecil menyelamatkan diri ke tepi pantai tengahari tadi.
Khuatir dan pelik atas kejadian tersebut kami telah mendapatkan pengesahan dari Meteorologi Malaysia jika terdapat sebarang aktiviti gempa bumi ataupun tanda tanda tsunami akan berlaku. Maklum balas yang diterima dari MET Malaysia mengatakan tiada sebarang aktiviti gempa berlaku untuk hari ini 24 Desember 2013.
Untuk mendapatkan lagi kesahihan berkenaan gambar dan visual yang diterima itu kami turut mendapatkan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang berpusat diPejabat Unit Pertahanan Awam FELDA Sahabat untuk meninjau fenomena berkenaan khuatir ia sekadar khabar angin dan juga mungkin berlaku di kawasan lain. Menurut Pegawai JPAM yang bertugas iaitu L/KPL Sawmahli Kerman, fenomena itu merupakan perkara biasa yang berlaku di Pulau Tambisan. Kadang kala kejadian itu berlaku 2 hingga ke 3 kali dalam setahun.
Untuk makluman, di Pulau Tambisan terdapat satu pelabuhan yang digunakan nelayan bagi memunggah hasil tangkapan mereka. Kejadian itu berlaku diakibatkan oleh air laut pasang besar dan pergerakan bot-bot nelayan keluar masuk menyebabkan ikan dari spesis Tamban yang bergerak secara koloni itu terganggu lalu lari menyelamatkan diri dan melompat ke pesisir pantai.
##.
Kerang berada didarat
0 comments:
Post a Comment