Searching...

Get This

Thursday, November 21, 2013
9:00 AM 0

VILLA NABILA: PENYEBARAN BERITA PALSU MENJEJASKAN KREDIBILITI


Status di atas dimuatnaik pada 18 November lalu. 

Sewaktu membuat liputan kes kehilangan remaja, Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun di Johor Bahru, Johor, tidak pula saya mendengar berita mengatakan Sultan Johor mencemar duli, berada di lokasi seperti dicatatkan di status Twitter di sebelah kanan.

Beberapa remaja kononnya didakwa pengsan dan dirasuk. Ternyata itu hanya sekadar perkongsian maklumat palsu. Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt, Abd Samad Salleh sewaktu saya hubungi TIDAK  mengesahkan kejadian itu.

Begitu juga status di bawah ini.


Mujur FAKTA sebenar telah diperjelaskan oleh wartawan TV9, Zulhazri Abu Bakar, klik di sini.


Alhamdulillah, Izzat selamat ditemui dan saya berharap sekaligus masyarakat pelayar alam maya menyedari, sebilangan individu atau kumpulan taksub menyebarkan berita palsu agar mereka menjadi tumpuan, biarpun hanya seketika.

Tiada masalah menjadi penyelidik kes paranormal tetapi biarlah sentiasa berkongsi informasi tepat dan benar berlandaskan SUMBER sahih.

Itu antara kaedah berkesan untuk membina serta memperkukuhkan kredibiliti.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...