Searching...

Get This

Monday, November 18, 2013
1:06 PM 0

Isteri Tinggalkan Suami dan anak-anak kerana lelaki Pakistan.

Rawang: Kerap dihebahkan mengenai pemuda dari Lombok, Indonesia menculik dan melarikan wanita negara ini, namun lain halnya dengan seorang lelaki dari daerah berkenaan apabila isterinya pula didakwa dilarikan lelaki warga Pakistan.
Yusdi Putra, 42, dari Bukit Beruntung, dekat sini mendakwa isterinya, Siti Rohani Abdul Rasid, 36, wanita warga tempatan yang dikahwini sembilan tahun lalu, menghilangkan diri bersama teman lelakinya itu, sejak tiga bulan lalu.
Menurutnya, dia sedih dan kecewa dengan tindakan isterinya yang tergamak meninggalkan tiga anak berusia satu hingga lima tahun yang kini sering mengalami masalah kesihatan akibat rindukan ibu mereka.

Yusdi berkata, dia begitu mengharapkan isterinya pulang dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak mereka, Yusfarhani, 5; Yusmayusaini, 4 dan Yusfaizal Nofal, setahun.
Foto
YUSDI menceritakan mengenai kehilangan isterinya (gambar kecil).

“Sedih bila saya melihat anak-anak. Setiap hari mereka melihat gambar ibu mereka dan berharap dia segera pulang.

sumber : Hmetro

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...