Searching...

Get This

Thursday, November 21, 2013
8:45 AM 0

Isteri Sihir Suami Guna Darah Haid

Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, suami temui pelbagai jenis tangkal yang disimpan rapi di dalam sebuah kotak oleh isterinya. 


Tergamak isterinya menggunakan darah haidnya dan air mazi gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.

Halim menceritakan kepada penulis mengenai nasib dirinya yang menjadi mangsa sihir isteri sejaklima tahun lalu.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Halim mendakwa pernah menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember 2012.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

Halim turut menemui SMS isterinya yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. 
 

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...