Searching...

Get This

Wednesday, September 11, 2013
9:15 PM 0

Rebut cicak tokek punca lelaki dihumban ke lombong

Rebut cicak tokek punca  lelaki dihumban ke lombongShukri (tengah) menunjukkan senapang patah buatan sendiri dan beberapa peluru hidup bersabit kes bunuh di Bestari Jaya pada sidang media di IPK Selangor. Turut hadir Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah( kiri). - Foto Osman Adnan
Shah Alam: Polis mengesyaki kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemui dalam sebuah kereta yang dihumban ke dalam lombong di Bestari Jaya, minggu lalu, berpunca daripada perebutan cicak tokek yang dikatakan bernilai tinggi di pasaran gelap.

Ketua Polis Selangor, Senior Deputi Komisioner Polis Datuk Shukri Dahlan, berkata pihaknya menahan 12 lelaki yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit termasuk ahli perniagaan wanita yang dikatakan pemilik cicak tokek itu. 
“Lelaki yang ditahan dalam beberapa siri tangkapan bermula 1 September lalu hingga awal pagi semalam berusia antara 21 hingga 48 tahun manakala wanita terbabit dalam lingkungan usia 60-an. 


Bawa lari cicak tokek

“Siasatan mendapati cicak tokek terbabit dipercayai diberikan oleh pemiliknya kepada mangsa untuk disimpan atau dijual, namun mangsa dikatakan menghilangkan diri,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Shukri berkata, kumpulan suspek yang diupah pemilik cicak itu dikatakan berjaya mengesan lokasi mangsa lalu berlaku pergaduhan sebelum seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa.

“Tembakan dilepaskan daripada senjata buatan sendiri itu mengenai rusuk kanan belakang badan mangsa. 
“Berikutan penahanan itu, polis merampas kain putih, beg hitam, sembilan peluru hidup sembilan milimeter, pemutar skru dan selaras senapang buatan sendiri serta sembilan telefon bimbit.

Suspek direman

“Semua suspek direman sehingga Khamis ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana membunuh dan memiliki senjata api,” katanya.

Pada 31 Ogos lalu, BH melaporkan, seorang lelaki berusia 24 tahun dipercayai dibunuh sebelum diletakkan dalam kereta yang ditemui separuh tenggelam di kawasan lombong di Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad, berkata mayat Syairul Helmi Azhar, dijumpai di lantai tempat duduk belakang dengan kesan cedera di belakang badannya.

Sumber : Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...