Searching...

Get This

Friday, April 3, 2015
11:41 AM 0

VIDEO: Pasport Lama Bekas Pemain MU Dijual RM27 Ribu

(VIDEO): Padah!! Gadis Buat S*ks Luar Tabii

9 Pelakon Malaysia Yang Pernah Menayangkan Tubuh Bogel Dalam Filem

 31 Gambar Perkara Pelik Yang Dilakukan Oleh Wanita Barat

 Gambar Skodeng Anak Dara Cun Mandi Telanjang Di Sungai Kini Tersebar !






LONDON – Walaupun tidak banyak bermain kerana sering dibelenggu masalah kecederaan, ramai terkejut apabila pasport milik bekas pemain kelab Manchester United (MU) dan pasukan kebangsaan England, Paul Andrew Parker, amat mahal harganya.
Beliau yang kini berusia 50 tahun telah menjual dokumen perjalanan antarabangsanya itu menerusi laman lelongan terkenal eBay sejak awal Mac dan berjaya dibida seorang pembeli dirahsiakan pada harga tertinggi selepas ditutup pada 31 Mac.
Menurut akhbar-akhbar Britain, pasport yang sudah tamat tempoh tersebut tetapi masih baik dan lengkap tertera dengan cop pejabat imigresen London bertarikh 15 Februari 1985 itu dijual pada harga mencecah 5,000 pound (RM27,399)
Parker bersempatan bermain untuk kelab elit MU dari 1991 sehingga 1996, namun dia akhirnya memutuskan untuk berhijrah ke Derby County setelah sering dilanda isu kecederaan dan gagal pula menyerlah aksinya dengan pemain lain.
Pada 1997, Parker menyertai Chelsea tetapi, kerjaya bola sepaknya tidak lagi cemerlang bahkan hanya bermain sebanyak empat perlawanan sebelum akhirnya berpindah lagi ke kelab tidak ternama, Heybridge Swifts pada 1998.
Sebelum menyertai MU, Parker sebenarnya pernah tampil dalam pasukan kebangsaan England ketika melawan Albania pada 1989 bahkan telah bermain 19 kali di peringkat antarabangsa dengan skuad The Three Lions itu.
Dilahirkan pada 4 April 1964 di West Ham, London, Parker memulakan karier dalam bola sepak sejak 1982 dengan bermain sebanyak 153 perlawanan menerusi kelab Fulham sebelum berhijrah ke Queens Park Ranger pada 1987.
Setelah bersara sebagai pemain profesional, dia mengurus kelab Chelmsford City pada 2001 serta pernah menjadi pengulas untuk saluran ESPN Star Sports, Astro Super Sport dan Channel NewsAsia Singapura. – Agensi/A.AMREE
Lihat VIDEO Dibawah:

Artikel Menarik:



0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...