Yusrim Karim, pelajar berumur 15 tahun dari Sandakan, Sabah ditawarkan bekerja dengan Google untuk projek bernilai US$ 36 juta atau (RM 133.14 juta) apabila dia menghantar ideanya iaitu Coker Chat, aplikasi mesej internet.
Syabas dan Tahniah!! Kita rakyat malaysia harus berbangga dengan idea pelajar ini!!.. mungkin ramai lagi pelajar di luar sana yang mempunyai idea-idea seperti ini!!
KOTA KINABALU: Kejayaan seorang pelajar mencipta satu aplikasi berasaskan perkhidmatan mesej internet yang menyediakan kemudahan untuk menterjemah bahasa telah menarik perhatian syarikat besar dalam talian iaitu Google.
Yusrim Karim, 15, menghantar aplikasi yang diberi nama 'Coker Chat' kepada Google Idea pada akhir tahun lalu selepas lima bulan bertungkus-lumus menghasilkan aplikasi tersebut.
Dia menjelaskan seorang pegawai rasmi Google Idea telah menghubunginya menerusi e-mel beberapa minggu lalu dan menggambarkan perisian tersebut sangat menakjubkan malah menawarkan peluang bekerja untuk projek bernilai US$36 juta (RM133.14 juta) atau wang tunai US$50,000 (RM184,910).
Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Merpati dari Sandakan itu bertindak untuk memilih wang tunai.
"Saya sangat gembira apabila Google Idea menerima cadangan perisian ini," katanya sambil memberitahu masa diambil berjam-jam untuk menghasilkan aplikasi tersebut selepas waktu sekolah dan ianya membuahkan hasil.
Yusrim turut berkata, aplikasinya itu mampu memudahkan sesiapa sahaja di serata dunia untuk berkomunikasi menggunakan bahasa tersendiri.
Syarikat Google Idea yang berpusat di New York sedia memahami cabaran global dan bertindak untuk menghasilkan jalan penyelesaian menerusi teknologi baharu itu.
Tiada sesiapa yang mengetahui mengenai anugerah dan pengiktirafan Google Idea yang diterima oleh Yusrim termasuk keluarganya sendiri sehinggalah dia bertindak untuk memberitahu guru Sainsnya, Azlan Budun pada minggu lepas.
Azlan bertanggungjawab mendidik dan mengajar Yusrim mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) tahun lepas dan menyatakan aplikasi 'Coker Chat' merupakan ideanya yang ke-14 dihantar ke Google Idea.
"Dia mempunyai pelbagai konsep kreatif dan ideanya yang ke-14 membuahkan hasil apabila menerima pengiktirafan Google Idea," katanya.
Dia turut berpendapat idea Yusrim tersebut memudahkan dan memberi manfaat kepada pengguna internet masa kini dalam perkhidmatan menterjemah bahasa khususnya semasa menjalankan perniagaan di negara luar.
Tambah lagi, Azlan menggambarkan Yusrim sebagai seorang pelajar yang cemerlang dan mempunyai masa depan cerah dalam bidang akademik dan juga aktiviti ko-kurikulum. Yusrim merupakan anak bongsu daripada tiga beradik hasil perkahwinan bapanya yang bekerja sebagai pegawai Jabatan Perhutanan, Karim Maturis dan ibunya Hamidah Ismail.
Bapanya memberitahu, wang tunai yang diterima akan diperuntukkan untuk pengajian Yusrim pada masa akan datang.
Abang sulung Yusrim merupakan seorang pelajar matrikulasi di Labuan manakala seorang lagi abangnya baru sahaja tamat persekolahan.
Pengetua SMK Merpati berkata, pihaknya akan memainkan peranan dalam menggalakkan dan membangunkan bakat Yusrim dalam bidang teknologi komputer.
"Kami sangat berbesar hati sekiranya Yusrim menyertai Anugerah Inovasi Negara kerana anugerah ini akan menjadi penghormatan kepada negara terutamanya Sabah," katanya.-mStar
Student wins Google award
App-solute hit: Yusrim’s app, Coker Chat, has been described as fantastic by Google Ideas.
KOTA KINABALU: A teenager’s app for an Internet-based messaging service that can provide instantaneous language translation has caught the attention of online giant Google.
Yusrim Karim, 15, submitted his app – Coker Chat, which he has been quietly developing for about five months – to Google Ideas late last year.
He said a few weeks later, a Google Ideas official contacted him via e-mail and, describing his software as fantastic, offered him a chance to work on a US$36mil (RM133.14mil) project or US$50,000 (RM184,910) cash.
The Form Three SMK Merpati student from Sandakan said he chose the cash.
“I am happy that Google Ideas accepted my software,” he said, adding that it made the long hours of working on it after school – sometimes until 3am – worth it.
Yusrim said his idea for the app was to make it easier for anyone in the world to communicate using their own language.
A think tank based in New York, Google Ideas is dedicated to understanding global challenges and coming up with technological solutions.
No one outside of Yusrim’s family knew about the Google Ideas recognition and award until he casually mentioned it to his science teacher Azlan Budun last week.
Azlan, who taught Yusrim information and communication technology (ICT) last year, said the idea was the 14th that his student submitted to Google Ideas.
“He has so many creative concepts in mind and the 14th one that he sent in was the one that got him the recognition,” said Azlan.
Yusrim’s idea, he said, came after realising that older Internet users would benefit from an instantaneous translation service, especially when doing business in other countries.
Described by Azlan as a bright student who is doing well both academically and in extra-curricular activities, Yusrim is the youngest of three sons of Forestry Department officer Karim Maturis and his wife Hamidah Ismail.
Yusrim said his father had told him that the money would be set aside for his education.
The teenager’s eldest brother is studying matriculation in Labuan while another brother just completed Form Five.
SMK Merpati principal Sani Sahwi said the school would do its part to encourage and develop Yusrim’s talent in computers.
“We would like to have him participate in the National Innovation Award. This award is definitely an honour for the country, particularly Sabah,” he added.
Artikel menarik:
0 comments:
Post a Comment