Kuala Lumpur: Mereka boleh menjadi jutawan jika bersetuju menjual tanah yang diduduki, namun lima keluarga bersaudara di Kampung Tanah Jawa, Segambut, di sini, menolak tawaran itu demi mempertahankan tanah milik Melayu di tengah ibu kota.
Malangnya, semangat patriotisme itu hanya menyebabkan mereka terpinggir daripada arus pembangunan sehingga menjadi miskin dan terpaksa menerima bantuan Baitulmal.
Lebih mengejutkan, sebahagian anggota keluarga terbabit hanya mencari rezeki dengan menoreh getah di tanah seluas 1.3 hektar (tiga ekar) itu yang lokasinya agak terselindung serta dikelilingi kondominium dan banglo mewah.
Hassan Awang, 45, yang menetap di situ sejak lahir berkata, biar apapun persepsi orang lain, dia dan saudaranya akan terus tabah menjalani kehidupan biarpun dalam serba kekurangan termasuk ketiadaan bekalan elektrik dan air bersih.
HASSAN menggunakan air sungai sebagai sumber air kediamannya.
“Kalau ikutkan, kami boleh saja jual tanah ini dan hidup mewah kerana ada pihak yang pernah menawarkan harga sebanyak RM15 juta untuk membeli tanah kami, tetapi kami tidak mahu jual.
0 comments:
Post a Comment