KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui mati di dalam lubang saluran lif di Blok 11 Pangsapuri Sri Selangor, Jalan San Peng, di sini, kira-kira 7 petang tadi.
Mangsa berusia bawah 20-an itu dipercayai bukan penduduk pangsapuri berkenaan, namun sering kelihatan di kawasan itu kerana pergi ke rumah teman lelakinya.
Bagaimanapun, sejak seminggu lalu, mangsa dan teman lelakinya tidak kelihatan sebelum mayat wanita terbabit ditemui pihak pengurusan pangsapuri yang menerima aduan daripada penduduk mengatakan terbau busuk ketika menaiki lif.
Penduduk yang mahu dikenali dengan Ong, 40-an berkata, dia terbau busuk setiap kali menaiki lif untuk pulang ke rumahnya.
Penduduk yang mahu dikenali dengan Ong, 40-an berkata, dia terbau busuk setiap kali menaiki lif untuk pulang ke rumahnya.
Katanya, akibat tidak tahan dengan bau yang meloyakan itu, dia dan penduduk lain berpakat melaporkan kepada pihak pengurusan yang kemudian membuat pemeriksaan.
"Petang tadi saya pergi ke pejabat pengurusan bersama rakan untuk mengadu hal ini dan pihak pengurusan memberitahu akan membuat pemeriksaan.
"Alangkah terkejutnya apabila mendapati bau busuk yang selama ini disangka bau sampah adalah bau mayat. Mereka kemudian membuat laporan polis," katanya ketika ditemui.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian, sepasukan lima anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Jentera yang tiba kira-kira 10 minit kemudian mendapati mayat terbabit sudah membengkak dalam keadaan terlentang di bahagian bawah saluran lif,"
katanya.
Menurutnya, jantina dan punca kematian masih belum dikenalpasti.
0 comments:
Post a Comment