Tahniah kepada skuad Harimau Muda A atau Malaysia B-23 apabila berjaya mengalahkan kelab Jepun, FC Ryukyu dengan keputusan 3-1. Walaupun hanya sekadar perlawanan persahabatan, namun ianya adalah petanda baik untuk anak-anak buah Ong Kim Swee jadikan bekalan semangat ke Myanmar nanti.
Harimau Muda A terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke 14 apabila Shunta Takahashi menerima hantaran cantik dari bahagian tengah dan meledakkan jaringan hasil kealpaan benteng pertahanan. Namun begitu, skuad muda negara tidak mudah mengalah dan terus mengasak kubu FC Ryukyu namun gagal menemui sentuhan gol sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, Ong Kim Swee terus membuat beberapa pertukaran. Antara pemain yang dimasukkan adalah K Ruben, Rozaimi, Ferris Danial dan beberapa pemain lagi dalam misi memburu gol penyamaan. Hasilnya, A. Thamil Arasu yang dimasukkan pada separuh masa pertama menggantikan Wan Zaharul Nizam (cedera) berjaya menanduk masuk gol pertama Malaysia.
Malaysia terus mengasak dan Rozaimi seperti sukar dikekang oleh pertahanan FC Ryukyu. Dua gol Rozaimi pada minit ke 50 dan 92 memberikan kemenangan yang cukup bermakna buat skuad negara.
Anda boleh saksikan rakaman video gol dan sedutan perlawanan Malaysia B23 vs FC Ryukyu dibawah:
Video Gol Malaysia U23 vs FC Ryukyu 4 Disember 2013
0 comments:
Post a Comment