Searching...

Get This

Thursday, December 5, 2013
6:51 PM 0

GAMBAR PALSU KEMATIAN PAUL WALKER – GAMBAR WAJAH ORANG LAIN?

Laporan media sudah menyatakan bintang Fast and Furios, Paul Walker telah maut akibat kemalangan bersama rakannya. Cuma sehingga semalam, pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengesahkan identiti mangsa kerana kedua-duanya dilaporkan rentung dalam kemalangan tersebut. Namun seperti biasa, pasti ada pihak yang cuba untuk menimbulkan kekeliruan.
Mereka yang tidak bertanggung jawab telah menyebarkan berita Paul Walker masih hidup. Dilampirkan juga gambar Paul Walker yang mengalami kecederaan dan menjalani rawatan dihospital. Ada juga yang menyebarkan cerita versi gambar bedah siasat Paul Walker. Banyak kekeliruan disitu kerana sebagaimana laporan media antarabangsa sebelum ini. Paul Walker dan rakannya gagal diselamatkan dan rentung dalam kemalangan tersebut. Jadi, bagaimana wajah ‘mayat’ berkenaan masih kelihatan elok lagi?
paul walker dead
Jadi dibawah ada beberapa petunjuk bahawa sememangnya itu gambar palsu:
  1. Muka ‘mayat’ masih merah. Gambar diambil ketika mangsa masih hidup. Umum diketahui dari laporan media Paul mati ditempat kejadian
  2. Kereta yang beliau dan Roger Rodas naiki terbakar serta merta setelah melanggar tiang lampu. Jelas kelihatan ruang penumpang Porsche GT yang dinaiki terbakar teruk. Mustahil wajah Paul masih boleh dikenal pasti.
  3. Mayat Paul masih sehingga berita ini ditulis tidak dapat dikenal pasti oleh koroner. Mereka masih menunggu rekod gigi Paul dan Rodas bagi memastikan identiti. Sadly this means mayat kedua-dua mangsa hangus terus paska kebakaran.
Jadi wajah siapakah yang dikatakan ‘Paul Walker’ ini sebenarnya?
Menurut sumber yang ammboi tahu, beliau memang bukan Paul Walker namun wajahnya seakan mirip aktor berkenaan. Nama beliau ialah Alan Dennis, 26, seorang sukarelawan Kristian yang bertugas di Kongo. Pada tahun 2011 Dennis sedang membina sebuah loji penapis air untuk sebuah gereja. Beliau menggunakan sebuah angle grinder untuk memotong batu bata bagi membina sebuah relau memanaskan air. Tiba – tiba bilah angle grinder yang digunakan beliau pecah dan serpihan besi terpelanting menghentam penutup muka yang dipakai beliau.
alan dennis paul walker dead
alan dennis paul walker
Alan tidak menyedari betapa seriusnya kecederaan beliau sehingga rakan sekerja beliau menjerit melihat rupa beliau. Sebilah besi terbang dan memotong muka beliau dari tengah – tengah kening mata hingga ke mulut. Besi ini melekat terus pada muka beliau. Setelah dikejarkan ke hospital besi yang terbenam berjaya dikeluarkan dan kini Alan kembali pulih. Beliau hanya hilang beberapa batang gigi akibat kemalangan ngeri ini. Alan masih lagi bekerja dengan gereja di Kongo dan merasakan kemalangan ini hanya ujian Tuhan terhadap beliau
Jadi, jelas gambar yang disebarkan bukanlah milik Paul Walker dan diharapkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak berkenaan selesai. Bagaimanapun sehingga kini punca kemalangan Paul Walker juga masih belum diketahui. Ada sumber media melaporkan kereta yang dinaikinya dipandu melebihi had laju dan pihak berkuasa juga menafikan mangsa terlibat dalam perlumbaan haram.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...