Searching...

Get This

Thursday, November 28, 2013
7:31 AM 0

Waran tangkap pengendali 'Papa Gomo'

Shah Alam: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pengendali blog ‘Papa Gomo’, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, selepas gagal hadir ke mahkamah berhubung pelanggaran perintah hak penjagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuannya.
Hakim Syarie Mohammad Adib Husain mengeluarkan perintah itu selepas mendengar permohonan peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili bekas isteri Wan Muhammad Azri, Bellina Omar Sharifuddin Chin, 28, selaku pemohon kes berkenaan. 
Pelaksanaan waran tangkap itu diberikan kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan polis. 

Mahkamah kemudian menetapkan 28 Januari tahun depan untuk sebutan kes.
Foto
BELLINA bersama Mohd Zaidi di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.

Terdahulu, Mohd Zaidi memaklumkan mahkamah, notis tunjuk sebab disampaikan kepada Wan Muhammad Azri selaku responden di kediamannya pada jam 9.41 malam, 7 November lalu.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...