Searching...

Get This

Thursday, November 28, 2013
7:32 AM 0

Afrika Mini bikin gusar

Nilai: Peningkatan mendadak jumlah warga Afrika dari pelbagai negara yang berkampung di beberapa taman perumahan sekitar Mantin dan daerah ini menyebabkan penduduk tempatan mulai resah dan khuatir kawasan kediaman mereka kini menjadi ‘Afrika Mini’.
Dianggarkan terdapat hampir 10,000 warga Afrika menghuni daerah ini dan kebanyakan mereka adalah pelajar kolej dan universiti swasta yang banyak terdapat di kawasan itu. 
Kehadiran mereka menimbulkan rasa kurang senang penduduk kerana mereka ini sering terbabit dengan kegiatan jenayah seperti penyalahgunaan dadah terutama syabu, gemar mabuk di kawasan awam, bergaduh dan tidak menghormati budaya masyarakat setempat. 

Malah, bagi penduduk, petanda itu sudah terserlah apabila golongan yang diberi jolokan Awang Hitam kini mendominasi kemudahan awam di situ serta tidak gentar dengan penduduk tempatan dan sedia bertindak balas jika ditegur apatah lagi dicabar.
Foto
PENGUAT Kuasa Imigresen Negeri Sembilan terpaksa bergelut ketika cuba menahan seorang pelajar warga asing yang menghalang operasi pemutihan.

Selain itu, warga Afrika terbabit sering mengusik anak gadis yang lalu-lalang di kawasan itu dan apabila ditegur pasti mencetuskan pergaduhan.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...