Searching...

Get This

Wednesday, November 27, 2013
7:18 PM 0

WANITA BERBOGEL DENGAN BAYARAN RM60!!

Kebanyakkan wanita warga asing sanggup berbogel sambil mengurut pelanggan, lelaki hidung belang di Malaysia, hanya kerana wang.

2 hari lalu, wanita Thailand dan China berusia di antara 20 dan 45 tahun diberkas di Batu Pahat, Johor kerana menawarkan perkhidmatan urut tubuh ke tubuh dengan bayaran RM60. Jika pelanggan menagih seks, mereka perlu menambah RM50 lagi. Mungkin majoriti pembaca wanita blog ini mencemekkan muka tetapi kejadian itu kenyataan.


[ Sumber : Utusan Malaysia ]

Klik di sini untuk membaca berita lengkap.

Tatkala bertugas di Beijing, China, saya dimaklumkan, ramai gadis tempatan bekerja sebagai pelayan pelanggan, GRO di pusat hiburan seawal usia 17 tahun. Kira-kira 5 tahun kemudian mereka akan terbang ke negara kita dengan menggunakan pas lawatan sosial dan kemudian mengintai peluang bertugas sebagai GRO atau tukang urut samada diuruskan sendiri atau dengan bantuan sindiket.

Di Malaysia, GRO berusia 25 tahun masih dianggap muda jika dibandingkan dengan GRO tempatan, segelintir mencecah usia awal 30 an. Justeru tentunya GRO warga asing terbabit dijadikan pilihan tepat terutama di kalangan pelanggan berbangsa Cina. GRO itu dikatakan lebih 'terlatih' untuk memenuhi kehendak pelanggan berikutan pengalaman diraih tatkala bertugas di negara asal. 


Andai bekerja di pusat urut, biarpun tidak terlatih dalam bidang itu, mereka tentunya lebih mesra pelanggan berbanding pekerja baru. Mereka bijak mempamerkan sikap manja sekaligus menggoda hati pelanggan untuk menagih servis seks sebagai tambahan. Tidak hairan jika sebilangan pelanggan menjadi ketagih berkunjung ke pusat urut biarpun tubuh tidak begitu lenguh. Bahasa perantaraan tidak menjadi halangan, asalkan jejari lembut menjalar mengusap badan dan dalam tempoh di antara 45 minit dan sejam, nafsu pelanggan berpeluang dilampiaskan. Puas tetapi tubuh menjadi lebih lenguh.

Ramai isteri barangkali tidak langsung menyedari hakikat, suami mereka ketagih berkunjung ke pusat urut. Tiada petanda jelas. Jika suami ke pusat hiburan, mereka mengambil masa lebih lama dan jika cuai, gincu bibir GRO mungkin terpalit di baju maka mudah isteri mempersoalkan bukti itu. Di pusat urut, berbeza.  Selepas memuaskan nafsu, pelanggan mandi untuk menghilangkan sisa minyak dilumurkan ke tubuh. Tiada bukti ditinggalkan sewaktu pulang ke rumah.

Saya difahamkan oleh kenalan, sebilangan warga tempatan sanggup menggunakan waktu singkat makan tengahari untuk dibelai oleh pekerja pusat urut di kawasan berhampiran tempat kerja. Mengenyangkan perut, soal kedua.

Jika wanita warga asing diberikan tugas mengurut 3 pelanggan sehari, hasil diraih, RM330 dan tentunya sebahagian daripada pendapatan itu dikongsikan bersama taukeh mereka. Justeru tidak hairan apabila, pusat urut bercambah di Malaysia kerana suasana menang menang tercipta.

sumber: Blogger (Pemberita)

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...