"Sebelum ini terdapat 4 pengawal keselamatan wanita warga Filipina bertugas di sebuah kilang di Selangor Science Park 2, Cyberjaya," ujar pengadu.
Namun sejak pihak berkuasa mula membuka mata sekaligus melaksanakan pelbagai operasi membanteras pengawal keselamatan haram, mereka dilaporkan bercuti.
"Maklumat dalaman mengatakan, apabila operasi sudah 'sejuk' kelak, mereka akan kembali bekerja semula," tambahnya.
Pengawal keselamatan haram itu menggunakan MyKad palsu, kononnya berasal dari Sabah.
"Saya difahamkan, suami dan ahli keluarga mereka juga menggunakan MyKad palsu. Pengawal keselamatan warga asing itu dibayar gaji secara tunai kerana mereka tidak boleh membukan akaun bank," ujar pengadu lagi.
Seorang daripada wanita itu dilaporkan bernama Elpie Tahan tetapi nama tercatat di Mykadnya, Amil Intan.
Sebelum ini, 20 pengawal keselamatan haram warga Filipina dihadapkan ke mahkamah kerana memiliki Mykad palsu dan milik orang lain, klik di sini.
Dalam operasi bersepadu pihak berkkuasa di Kelana Jaya, Selangor pada 13 November lalu, seorang daripada pengawal keselamatan haram Filipina diberkas mendakwa, harga sekeping MyKad palsu, RM300 sahaja. Sindiket membekalkan MyKad palsu itu dikatakan beroperasi secara aktif di Sabah dan dijual kepada mereka setelah masuk ke negara ini.
Klik di sini.
Maksudnya, terdapat individu tidak dikenali identiti melacurkan dokumen pengenalan diri menyerupai MyKad asli.
Alhamdulillah, setakat ini pelbagai agensi penguat kuasa kerajaan berusaha gigih, menangkap pendatang haram sekian lama bersarang di Malaysia. Mereka tidak seharusnya dibenarkan membina koloni di negara berdaulat, semakin ramai, semakin berkuasa.
Jika diteliti, kini warga asing memonopoli pelbagai bidang pekerjaan di sekeliling kita. Sektor pembinaan, perladangan, perkilangan dan pembantu rumah.

0 comments:
Post a Comment