Searching...

Get This

Friday, November 15, 2013
6:37 AM 0

Salun tak serik tawar seks

Serdang: Walaupun sudah dua kali diserbu, namun sebuah premis salun rambut di Puchong yang menyediakan wanita asing untuk khidmat seks, dipercayai masih mengulangi kesalahan sama apabila serbuan serbuan kira-kira jam 11 malam kelmarin, polis menahan 10 wanita warga asing yang disyaki menawarkan khidmat seks.
Premis yang beroperasi di tingkat satu bangunan perniagaan Bandar Puchong Jaya itu dipercayai bukan saja berselindung di sebalik salun rambut, malah ia juga tidak berlesen. 
Jika dilihat dari luar, tiada siapa tahu salun itu turut menawarkan khidmat seks namun sebaik melangkah masuk, premis berkenaan turut mempunyai beberapa bilik dilengkapi tilam. 

Perbuatan tidak bermoral pemilik salun rambut itu berjaya dikesan Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang menyerbunya, malam kelmarin.
Foto
SERAMAI 10 wanita warga asing ditahan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, sembilan daripada wanita asing yang ditahan itu warga Vietnam dan seorang warga China berusia antara 18 hingga 25 tahun.

“Ketika diserbu, seorang wanita didapati sedang melayan pelanggan dalam sebuah bilik. Ada sembilan pelanggan dalam premis itu ketika serbuan dilakukan,” katanya yang ditemui selepas serbuan. 

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati semua wanita warga asing terbabit menggunakan pas lawatan sosial dan seorang lelaki berusia 21 tahun dipercayai penjaga premis turut ditahan bagi membantu siasatan.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...