Searching...

Get This

Friday, November 15, 2013
6:45 AM 0

PATI BOGEL TIDAK MENGGUGAT KESELAMATAN??

Kisah pendatang tanpa izin, PATI sudah lama berlegar di media dan di kalangan masyarakat Malaysia.

Sewaktu di Miami, Amerika Syarikat, saya mendapati kaum Hispanik dan warga Cuba. membanjiri bandar dikenali kerana pantainya itu. Australia pula mendepani masalah sama berikutan lambakan warga Vietnam dan Jepun. Saya pernah berkunjung ke Gold Coast dan difahamkan, rakyat Jepun memonopoli perniagaan dan industri perhotelan.

"Sampaikan kalau rakyat tempatan ingin bekerja di kedai milik warga Jepun, satu daripada syarat ditetapkan, mereka diwajibkan boleh bertutur fasih menggunakan bahasa Negara Matahari Terbit itu. Rakyat Jepun terbang ke Australia menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan Jepun, tinggal dan makan di hotel milik usahawan Jepun dan membeli-belah di kedai kepunyaan orang Jepun," ujar pemandu arah.

Dijauhkan, kalau suatu hari nanti anak cucu kita perlu fasih berbahasa Indonesia, Bangladesh dan Myanmar semata-mata untuk meraih rezeki di bumi sendiri.

Satu daripada lokasi kini dimonopoli oleh warga Myanmar dan Bangladesh telah saya dedahkan secara terperinci.

Selama lebih 18 tahun bertugas sebagai wartawan, saya berpeluang menyertai banyak operasi membanteras pendatang tanpa izin, PATI.

Majoriti PATI, rakyat Indonesia kerana bilangan mereka mencecah juta.  

Pada awal tahun 2000, majoriti pelayan pelanggan, GRO atau tukang urut diberkas di pusat hiburan dan urutan, gadis Indonesia. Kemudian, wujud lambakan warga Thailand dan terkini, gadis China serta Vietnam mengambil alih kerjaya itu. Mereka bukan sahaja melayan pelanggan malah menawarkan batang tubuh. Apapun sebilangan menganggap kegiatan maksiat membabitkan PATI wanita itu tidak menggugat keselamatan masyarakat. Terkorban, hanya wang ringgit pelanggan tempatan.


Tukang urut, gadis China di atas ditemui bersembunyi di ruang belakang almari menyimpan tuala.

Biarpun berstatus PATI, gadis berbogel itu didapati tidak menggugat keselamatan rakyat Malaysia. Justeru tidak ramai mengambil peduli. Apapun berikutan melanggar Akta Jabatan Imigresen 1959/63, dia rakan sekerja, dihantar pulang ke negara asal.

Kesan kehadiran PATI bogel itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan kesan lambakan pengawal keselamatan HARAM warga asing di negara kita. Selama ini pihak berkuasa alpa sekalgus tidak bertindak tegas menangani masalah itu manakala masyarakat pula kurang ambil peduli. 

Kini senario itu berubah secara drastik.

Satu demi satu cerita PATI terbongkar. Bermula dengan kes rompakan dan pembunuhan kejam, disusuli kes pengawal keselamatan PATI menggunakan MyKad palsu membuka akaun bank menggunakan dokumen tidak sah dan pendedahan betapa liciknya mereka memperdayakan pihak berkuasa sehingga berpeluang menjadi ahli RELA. Situasi menjadi lebih kritikal apabila dibuktikan sebilangan PATI mempunyai akses terhadap senjata api. Semua PATI terbabit berasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia dikenali sebagai orang Buton.

Terkini, saya dimaklumkan, wujud perkampungan orang Buton di Tanjung Batu Tengah, Jalan Kukusan, Tawau, Sabah. Penempatan itu dilaporkan terletak kira-kira 1.5 kilometer dari bandar Tawau. Majoriti mereka bekerja sebagai buruh kasar di sekitar bandar. Justeru pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran dibantu oleh polis seharusnya memeriksa dokumen penduduk berasal dari Indonesia itu menggunakan pengimbas ibu jari. Lihat samada wajah pemegang MyKad sama dengan identiti sebenar.

Kebelakangan ini, pelbagai informasi menarik dihantar oleh pembaca blog kepada saya. 

"Di beberapa lokasi di pedalaman Sabah, jika berlaku kematian, sebilangan keluarga si mati sanggup menjual MyKad dan surat beranak anggota keluarga meninggal dunia itu kepada PATI dengan harga sekitar RM300," dakwa penghantar maklumat.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...