Searching...

Get This

Tuesday, November 19, 2013
4:50 PM 0

Kitar semula minyak masak jadi biodiesel



Subang: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menggiatkan lagi pembabitan pengusaha restoran untuk mengitar semula minyak masak dalam usaha menjaga alam sekitar.
Yang Dipertuanya Datuk Asmawi Kasbi berkata, melalui perjanjian Program MoU Projek Biodieselbersama Fathopes Energy Sdn Bhd (Fathopes), pengusaha restoran ditawarkan RM1 bagi setiap 1 kilogram minyak masak terpakai yang diserahkan untuk dikitar semula. 
“Sebelum ini, sebanyak 122 pengusaha restoran secara sukarela menghantar minyak masak terpakai untuk dikitar semula. 

“Justeru, melalui perjanjian yang ditandatangani, MPSJ bersama syarikat swasta dilantik akan turunpadang berjumpa lebih ramai pengusaha restoran untuk menerangkan projek biodiesel dan kitar semula minyak masak terpakai,” katanya selepas menandatangani MoU Projek Biodiesel bersama Pengarah Kewangan Fathopes, Jane Leong, di sini, semalam.

Foto
ASMAWI (dua dari kiri) bersama pemenang Pertandingan Kutipan Barangan Kitar Semula.

Tambahnya lagi, minyak masak terpakai itu akan dikumpul dan dihantar ke Pusat Biomas Bersepadu MPSJ di Bandar Bukit Puchong sebelum diproses menjadi biodiesel.

“Ketika ini penjualan minyak masak ini untuk kitar semula belum lagi diwajibkan. Bagaimanapun, kerajaan negeri sedang dalam proses menggubal undang-undang berkaitan penjagaan alam sekitar.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...