Searching...

Get This

Tuesday, October 15, 2013
12:29 PM 0

Restoran Ditutup Akibat Pelanggan Berbogel

Bogel1
Gara-gara membenarkan sekumpulan pelanggan datang dan makan di restoran mereka sambil berbogel, sebuah restoran di Kanazawa City, Jepun ditutup kerana membiarkan perlakuan aneh berlaku di tempat awam.
Kejadian itu berlaku di sebuah restoran yang menyediakan menu makanan China, Gyoza No Osho (King Of Gyoza).
Pada masa kejadian, sekumpulan 10 orang pelanggan lelaki datang ke restoran itu dengan sengaja dan makan dalam keadaan bogel.
Yang peliknya, pihak pengurusan restoran tidak pun menghalang mereka tetapi terus membiarkan mereka makan di restoran itu.
Tidak diketahui tujuan kumpulan pelanggan itu apabila ada di antara mereka yang mengambil gambar perlakuan bogel mereka dan memuatnaiknya di Facebook.
Kejadian itu hanya disedari pengurusan tertinggi restoran apabila para pengurus mereka diberikan email beserta gambar berkenaan oleh orang ramai.
Menurut agensi berita Jepun, Itai News, pada malam 2 September, restoran itu ditutup sepenuhnya – Mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...