Searching...

Get This

Friday, April 3, 2015
11:45 AM 0

Penafian VIDEO Saat-Saat Akhir Germanwings Terhempas??

Brice Robin, yang mengetuai siasatan itu mengatakan setakat ini tiada sebarang video yang dijumpai di lokasi kemalangan seperti dihebahkan sebelum ini.
Robin menjawab persoalan media mengenai penerbitan dua akhbar tabloid di Jerman dan Perancis yang mendedahkan mengenai penemuan telefon bimbit memaparkan detik-detik akhir yang sempat dirakam penumpang sebelum penerbangan mereka dari Barcelona ke Dusseldorf terhempas di Pergunungan Perancis.
Setakat ini, hasil siasatan banyak menjurus kepada pembantu juruterbang Andreas Lubitz, 28, dikatakan sengaja menjunamkan pesawat sehingga mengorbankan 149 penumpang dan anak kapal yang lain.
Andreas dikatakan bertindak demikian kerana mempunyai rekod perubatan pernah menerima rawatan kemurungan sejak lapan tahun lalu.
Kedua-dua akhbar tabloid itu mendakwa kandungan video itu adalah benar.
Oleh:  JULIANA JOHAR
Video yang didakwa diperolehi dari kawasan nahas, merakam detik-detik terakhir Germanwings sebelum ianya terhempas di Pergunungan Alps, 24 Mac lalu.

Lihat VIDEO dibawah:

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...