Searching...

Get This

Thursday, February 12, 2015
5:16 PM 0

Niat Membesarkan Payudara Malah Kehilangan Puting Kerana Pakar bedahnya Cuai

Tiap tahun, ada 11.000 perempuan di Inggeris yang melakukan prosedur pembesaran payudara agar merasa percaya diri. Namun, Laura Damiani (31), malahan merasa kehilangan kepercayaan diri kerana membesarkan payudaranya.

Gara-gara pembedahan pembesaran payudara, Damiani harus menelan pil pahit kerana teteknya lenyap atau hilang. Selepas menjalani pembedahan pembesaran payudara, Damiani merasakan sakit yang sangat parah dan berterusan hingga 14 hari selepas pembedahan. Payudaranya mengalami necrosis atau pembekuan sel yang menyebabkan rasa sakit yang luar biasa. Setelah berminggu-minggu berlangsung dengan segenap rasa sakit dan kesakitan tersebut, doktor pun memutuskan puting payudara Damiani harus diangkat.

Laura Damiani

Keadaan 3 hari selepas pembedahan ini masih normal, namun hari berikutnya Laura Damiani merasakan rasa sakit yang hebat dan kedua payudaranya mati rasa Sebenarnya, beberapa saat selepas pembedahan, semuanya berjalan lancar dan rasa sakit usai pembedahan pun pulih seiring waktu. Namun, suatu hari, Damiani merasakan sakit luar biasa pada tubuhnya dan terus bertambah parah kerana kedua payudaraya malah membengkak.

Akhirnya dilakukan pembedahan menaikkan puting payudara Damiani demi meredakan rasa sakitnya. Pakar bedah menghilangkan seluruh aerola dan puting sehingga hanya ada kulit di payudaranya sahaja. Sebuah tindakan bedah yang cuai. Ia kini bingung akan bagaimana menyusui apabila kelak punya anak.

Laura damiani
Pada hari ke-14 selepas pembedahan keadaan payudaranya hancur lebur

Akhirnya Damiani memutuskan untuk membedah payudranya kembali untuk membina semula bahagian puting hingga tercipta puting tiruan dan ia kembali merasa percaya diri. Seharusnya ia merasa bersyukur dan percaya diri sejak awal dengan yang Tuhan berikan kepadanya..

Laura Damiani
Laura Damiani kini berasa lega kerana bentuk payudaranya telah dibina semula dan dipasang
puting susu buatan (demi etika, foto disunting disini)

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...